TICKER

Monday, October 2, 2017

Pokok Daun Kapal Terbang

Pokok Daun Kapal Terbang | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. 


Baru-baru Cik Ash saja-saja la intai pokok gajus tu sebab lama dah tak ambik pucuk ketereh nak makan dengan budu dalam duk cabut-cabut pucuk terjumpa la pokok ni pelik pulak tak pernah tengok pokok ni Cik Ash pun sambil satu daun bawa pergi tunjuk dekat ibu mentua Cik Ash. 

Ibu mentua Cik Ash kata itu adalah pokok daun kapal terbang, daun kapal terbang ni bagus untuk luka-luka, suami pun mengiakannya pokok ini bagus sebab suami kata dulu jari tangan dia pernah kena pisau ke apa entah Cik Ash dah lupa suami bagitaw, siapa entah ambil daun tampal dekat luka dekat jari suami,suami kata darah berhenti terus. Ibu mentua juga ada kata daun ni molek jugak untuk guna orang dalam berpantang selepas bersalin, guna untuk bertukku.  

Untuk pengkongsian bersama dengan kawan dekat blog Cik Ash kongsi apa yang orang dulu guna untuk berubat dengan daun ni 

1. Daun kapal terbang dijadikan ubat luka kerana kerana daun kapal terbang boleh menghentikan pendarahan. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan ditampal pada bahagian yang luka itu.

2. Ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut  bayi dan dibarut. 

3. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. 

4.  Ibu-ibu yang lepas bersalin guna untuk bertunku. Daun kapal terbang ini juga boleh dijadi sebagai herba mandian atau herba wap. 

5.  Mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Ok itu saja pengkongsian Cik Ash mengenai pokok kapal terbang ni..jumpa lagi di entri yang lain nanti.

6 comments:

  1. comelnya nama dia. daun kapal terbang

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 kalu luka sokmo ambil daun ni wat ubat luka... hehe

    ReplyDelete
  3. bnyk khasiat rupanya. sebab mek tahu yg no 1 dan 2 je :)

    ReplyDelete
  4. Thanks share cik ash. Moga bermanfaat kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  5. Cuma pokok ni sebenarnya beracun.
    Hanya boleh digunakan untuk perawatan luar sahaja.
    Tidak boleh dimakan atau diminum

    ReplyDelete