TICKER

Saturday, October 7, 2017

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 By HASRULHASSAN.COM

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017  By HASRULHASSAN.COM | Assalamualaikum.. Hai korang semua, alhamdulilah baru ada semangat nak buka blog dan ternampak blogger Hasrul Hassan ada buat segmen. apa lagi cik ash ambik peluang nak join segmen otai blogger ni hihihihi.. mana la taw ada rezeki tersenarai dalam bloglist ke. Syarat-syarat yang  diberikan pun cukup mudah rugi la kalau siapa tak join. Jom usha apakah syaratnya itu.. 

Apa yang pengkongsian menarik dalam cikash.blogspot.com :-

Blog cik ash ditubuhkan pada tahun 2010 masa tu cik ash berumur 25 tahun taw.. hahahaha.. muda lagi masa tu loni cik ash 30an dah.. bermulanya cik ash buat blog ni masa tu cik ash join satu radio online di ajak oleh rakan facebook untuk join sambil dengar radio dekat website radio itu tercetusnya ilham nak buat blog sendiri masa tu tak taw apa fungsi blog, buat blog letak widget radio dan lain nak tarik pendengar suruh dengar radio.. Lagi pulak masa tu cik ash terjoin sama jadi Dj radio online.. hahahahha.. alahai memori yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.. masa tu nama blog macam-macam cik ash letak...entri pun yang merapu pendek-pendek cerita syok sendiri kan.. masa tu saja-saja suka nak buat blog ,loni sejak jadi wife pada tahun 2014 baru la cik ash taw yang blog ni boleh mendatangkan income, alhamdulilah rezeki cik ash jadi wife sepenuh masa dapat la tumpukan dekat blog menulis entri-entri yang berfaedah,personal , resepi dan ada juga entri review untuk kongsikan dengan pembaca blog.. cik ash masih lagi belajar untuk menjadi seorang blogger yang dikenali...

Bagaimana taw mengenai blog HasrulHassan.com :- 

Cik ash mengenali blog HH masa tu cik ash nak search mengenai pasal blog tutorial untuk blogspot terjumpa blog HH daripada situ la cik ash kenal, cik ash selalu follow blog HH menjadi sebagai rujukan untuk cik ash untuk memantapkan blog sebabnya dekat blog HH ada semua yang cik ash cari  lagi pulak hasil tulisan HH cik ash  sangat jelas untuk difahami. Kadang-kadang jadi slient reader , kalau rajin tinggal jejak juga dekat blog HH. 

Tujuan Menulis Blog ini :- 

Tujuan cik ash menulis blog mula-mulanya untuk personal jer sebenarnya ada juga disertakan resepi yang cik ash masak dekat rumah ada la kongsi dekat blog ni, sambil-sambil tu cik ash ada join giveaway dekat blog alhamdulilah banyak rezeki yang cik ash dapat daripada join tu dapat duit,top up barang-barang dan voucher, sekarang bila dah lama menulis cik ash terasa ingin berubah ke arah yang lebih baik luangkan masa untuk menulis review produk ada yang dapat daripada orang suruh review ada juga produk yang cik ash beli sendiri guna untuk review, terfikir nak menjana pendapatan dekat blog sikit-sikit. 

Harapan Cik Ash
Cik Ash harap kalau bertuah terpilih sebagai bloglist di blog HH ni dapat orang-orang mengenali lebih lagi mengenai kewujudan blog cik ash.. ramai masih tak taw siapakah sebenarnya cik ash hihihihi... harap bilanya masuk bloglist traffik blog semakin meningkat lagi. 

Ok la itu saja syarat-syaratnya.. so kepada korang yang nak join segmen boleh ke blog Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 By HASRULHASSAN.COM untuk join dan tengok syarat-syaratnya.. Jumpa lagi nanti.. 


2 comments:

  1. gud luck, ekin.
    moga ada rezeki ye.
    and moga blog ekin terus dikenali :)
    sebar ilmu tanpa sepadan masa & ruang.

    ReplyDelete