Thursday, November 30, 2017

Resepi Cucur Ikan Sardin Tin

Cucur Ikan Sardin Tin | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya, malam ni rajin nak share resepi dengan anda semua. 

Cucur Ikan Sardin Tin

Inti sardin lebih buat pau sardin kemalrin tu Cik Ash buat cucur sardin hari ini, guna jer bahan-bahan yang ada dekat dapur itu. mudah dan senang sangat.. 

Sedap pulak cucur sardin ni hahahahaha, makan tak ingat langsung last habis makan kami suami isteri dekat rumah ni, ibu mentua jer la tak lalu nak makan... Cik Ash pening dah nak masak apa dekat ibu mentua yang tak sihat sekarang, sebab tu loni Cik Ash agak kurang nak blogwalking mood tak mai sangat duk fikirkan dekat ibu mentua tak sihat ni. 

Eh apa pulak Cik Ash terlebih-lebih bercerita pasal kami pulak kan, mesti anda semua dah tak sabar nak tengok hasil cucur sardin yang Cik Ash buat ini kan, memang menarik sangat cucur sardin ni best pulak makan isi lembut didalam garing dekat luar hahahhaha.. aduhhhh nanti beli sardin pulak buat stock boleh buat lagi..

Jom usha resepi dekat bawah ni cara nak membuat Cucur Ikan Sardin versi Cik Ash hahahahaha..senang sangat nak buat ni guna bahan ada dekat dapur jer pun.. 

Resepi Cucur Ikan Sardin
Bahan-bahan
Lebihan Ikan sardin
2 cawan tepung 
carrot 
bawang besar kuning separuh 
lada sulah 
garam
serbuk pati sedap 
air 
Minyak masak (untuk mengoreng)

Cara Membuatnya 
1.  Carrot dan bawang besar kuning di tumbuk or bleder , cik ash guna tefal chopper tu senang tarik-tarik lumat carrot dan bawang.
2. Satu kan semua bahan masukkan air kacau-kacau bagi rata, bila tepung dah sebati semua.
3. Masukkan garam,lada sulah dan pati sedap kacau lagi hingga sebati.
4. Panaskan minyak, bila minyak masak masukkan la cucur kedalam minyak panas,goreng cucur hingga kekuningan, bila kuning toskan minyak dalam tapisan. 
5. Siap boleh dihidangkan makan begitu saja tak pun makan dengan sos.. 

Ok la selamat mencuba resepi ini , senang sangat kan, hihihihi... saya nak undur diri dulu jumpa lagi nanti di entri yang baru.. kalau anda teringin nak tengok resepi saya dekat blog ni boleh jer tengok dekat RESEPI.






Apron Dan Coasters Daripada Printcious.com

Apron Dan Coasters Daripada Printcious.com | Assalamualaikum... Hai, Cik Ash harap semua sihat walafiat ya..harap dipermudahkan segala urusan ya. 


Aritu Cik Ash ada dapat voucher daripada printcious pening nak pilih barang apa dekat printcious  last sekali pilih dua barang iaitu apron dan cooster lapik cawan kalau tak silap cik ash la.. dekat bawah ini Cik Ash ada tunjukkan cara nak beli dekat printcious
 
step 1


steq 2
step 3

step 4

step 5



step 6

step 7

step 8

step 9

step 10

Step 11

Dengan menggunakan voucher RM80 Cik Ash reedem 2 barang ni.. terlebih bajet sikit dalam RM1.10 jer pun.. hihihihihi.. Barang dah sampai ok la kualiti apron biasa jer, dengan apron jadi boleh guna buat memasak ditemani oleh MEKCIK sokmo hahahhaha.. lapik cawan pulak boleh guna letak air dekat meja laptop suami duk guna.. 

Ok la, itu jer Cik Ash nak share dengan anda semua, nak tengok lagi barang yang Cik Ash reedem dengan printcious boleh baca dekat Mug Colour dan Mug Magic  jumpa lagi nanti ya.. Cik Ash undur diri dulu ada kerja sikit dekat rumah ni hihihihi..

Tuesday, November 28, 2017

Gambar Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah

Gambar Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah


Terkejut Cik Ash bila baca fattah dan fazura sah bergelar suami isteri semalam, memang mengejutkan ni.. Cik Ash ucapkan tahniah buat kedua-dua artis ini semoga perkahwinan ni berkekalan akhir jannah.. 






Memang suka sangat kedua-dua berkahwin sebab nampak keserasian mereka berdua dalam drama Hero Seorang Cinderella. Dengan sekali lafaz semalam pada jam 9.50 malam tadi 27hbln November 2017 Nur Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin.. Majlis telah diadakan di sebuah hotel termuka, majlis yang tertutup.

Jodoh dan pertemuan siapa sangka, doakan la pasangan ni berkekalan ke akhir jannah... teringat pulak kisah Cik Ash dan suami masa mula-mula kenal hahahahha.. Cik Ash dan suami la siapa sangka bertemu di radio on9 suatu ketika dahulu, seorang belah pantai timur seorang belah utara,pernah tak berhubung 2 tahun, tut berhubung kembali dan alhamdulilah pada 29 Mei 2014 kami sah suami isteri sehingga sekarang. hihihihihi.. doakan Cik Ash dan suami semoga perkahwinan ni berkekalan ke akhir jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah amin... 

     
                         

Eh terlebih pulak Cik Ash bercerita pasal kami pulak, apa-apa pun Cik Ash ingin ucapkan selamat pengantin baru kepada Fattah dan Fazura. Tahniah! Tahniah semoga berkekalan ke akhir jannah nanti.. Jumpa lagi nanti dengan entri lain.. loni ada masa Cik Ash update busy sekarang duk jaga ibu mentua sedang sakit.. hihihihi..

Nasi Gulai Ayam Ala Kak Wook

Nasi Ala Kak Wook |  Sebenarnya nasi ala kak wook ini Cik Ash dah lama buat ni baru sempat nak menaip dekat blog hahahaha... kebetulan sangat rempah kari dari kelantan ada tu yang teringin nak buat lagi pulak ibu mentua mengidam nak makan..

Nasi Ala Kak Wook

Nasi Berlauk  Kak Wook ini sangat poopular di kelantan , pagi-pagi dah makan nasi taw, nasi kak wook la yang paling simple , gulai ayam, ayam goreng, sambal lada dia memang terbaik sangat.. lama sangat tak makan nasi kak wook dekat kelantan. Dulu masa zaman Cik Ash kerja di kota bharu dekat bangunan MARA dekat kawasan situ ada restoran jual nasi ala kak wook memang setiap hari beli nasi situ pagi waktu tengahari hahahaha sampai tuan kedai tu kenal tak yah cakap banyak.. hahahaha.. 

Sebenarnya dekat kulim ada jugak Nasi Berlauk Pantai Timur tu jauh sangat nak pergi lagipun suami kan kerja bila dia free sambil-sambil pergi beli lauk ada singgah sana, tak kan sokmo nak pergi makan situ hahahaha.. sampai tauke kedai situ kenal.. Jom usha resepi yang cik ash buat ni boleh nak lepaskan tekak sikit teringin nak makan nasi ala kak wook. tapi sambal tu cik ash guna sambal yang sedia sambal nasi kerabu hahahaha.. Boleh dimakan tak ada sehebat nasi ala kak wook original nak lepas rindu daripada jauh boleh la makan.. hihihihi...

Resepi Gulai Ala Kak Wook 

Nasi tanak seperti biasa nak bagi wangi letak daun pandan satu. 

gulai ayam

Bahan-bahan Gulai Ayam 

4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih 
1 1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari (kelantan) 
1 batang carrot (potong dadu)
2 biji ubi kentang (potong dadu)
Kaki ayam,leher,kepak di potong kecik2 
Santan kotak
3 cawan air 
2 sudu kfc garam 
2 sudu kfc serbuk pati sedap 
1 ketul nise ataupun gula melaka



Cara Membuatnya :-


1.Bahan rempah satukan bancuh dengan sedikit air dan gaulkan bersama ayam. Perap sebentar
2.Panaskan sedikit minyak , tumis bahan kisar  dan serai hingga wangi
3.Bila dah wangi, masukkan ayam dan rempah yang di perap tadi dan masak hingga ayam empuk.
4.Jika terlalu kering, letakkan sedikit air
5.Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
6.Kemudian masukkan  santan, renihkan hingga kuah sedikit pekat
7.Masukkan  carrot
8.Kemudian perasakan dengan nise dan garam secukup rasa
10. Bila kuah pekat, angkat dan hidangkan


Ayam Goreng Ala Kak Wook  

Bahan-bahan 
Ayam - dipotong kecil-kecil 
garam 
2 inc kunyit hidup di tumbuk lumat 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil serbuk cili
(cik ash guna garam kunyit  yang cik ash buat stock jer)

Cara membuatnya :- 
Ayam di basuh bersih-bersih dan ditoskan. 
Kemudian dipotong kecil-kecil
Lumurkan ayam dengan bahan diatas dan perapkan sekejap. 
Goreng ayam dalam minyak yang terendam sampai sederhana garing. 


Manakala untuk sambal pulak cik ash guna sambal yang sedia ada dekat rumah ni sambal nasi kerabu, hihihihi.. kalau anda nak cuba buat sambal nasi  kak wook ni boleh la tengok resepi dekat blog INI dekat situ detail penuh nasi ala kak wook


Ok la anda semua itu cara Cik Ash buat bukan resepi asal daripada kak wook pun, nama lagi nasi ala kak wook kan, boleh sambil-sambil nak melepaskan rindu nak makan cuba la buat.. selamat mencuba resepi ini..

Monday, November 27, 2017

Idea Hadiah Bayi Baru Lahir Daripada Printcious.com

Idea Hadiah Bayi Baru Lahir Daripada Printcious.com | Assalamualaikum.. Hai korang semua Cik Ash harap semua sihat sokmo deh..

Produk baby

Tak sangka cepat je masa berlalu,dah tak lama nak masuk bulan disember dan tak lama nak masuk tahun 2018.Tanpa disedari jam detik demi detik masa berlalu pergi tanpa tertangguh lagi. Ini Cik Ash ada nak bagi cadangan dekat rakan-rakan pembaca blog Cik Ash ini yang pening nak memikirkan hadiah untuk diberikan sahabat yang baru melahirkan baby ke jom la usha di printcious.com.

Adakah anda yang sedang mencari hadiah untuk di hadiah  kepada rakan-rakan yang bakal menyambut kelahiran baby. Mesti la anda dah terfikir nak beri hadiah apa ? Mesti dah pening kan nak pilih barang apa meh saya bagi pendapat dekat korang semua mengenai satu laman web yang saya suka sangat berurusan dengan pakar Printcious ini, Jom usha dekat bawah ini apa yang menarik ada di printcious anda boleh cuci mata dan buat lah pilihan hadiah yang sesuai. Saya ingin mecadangkan beberapa barang yang menarik untuk baby baru lahir antaranya ialah :


1. Baby Romper 


baby rompers


Baby romper ini sangat sesuai untuk baby yang baru lahir mesti cute kalau baby pakai hasil design ini.. ada dua jenis baby romper iaitu long sleeve dan short sleeve. 

2. Mini Ties 



Mini Ties

Mini Ties ini satu cadangan yang menarik juga untuk dijadikan kenangan abadi gambar baby sebab disediakan dengan cangkuk supaya senang anda boleh melekatkan pada tingkap kereta dengan mudah sangat. 

3. Cushions 

Cushions
Untuk abadi kenangan baby baru lahir anda juga boleh hadiahkan cushions ini kepada pemilih yang anda nak bagi. Comel tengok design yang sediada dekat printcious ini tak pun kalau anda kreatif bab mengedit boleh jer cuba untuk design sendiri nanti. 

4. Puzzle

Puzzle

Puzzle juga bagus untuk dijadikan hadiah buat baby, gambar-gambar baby boleh diabadikan dalam keadaan puzzle mana la taw bila baby dan besar boleh tunjukkan dekat dia sambil itu boleh di jadi mainan untuk beliau. memang kualiti puzzle yang ada printcious sangat berpuashati saya dah ada satu koleksi. 

5. Canvas 
canvas

Canvas juga satu ideal yang unik sebabnya canvas ini boleh dihiasi dengan pelbagai photo yang lawa-lawa ketika masa baby dijadikan kenangan yang terindah.

6. Ceramic Tiles 
ceramic tiles

Cremic tiles sesuai juga nak dihadiahkan sebabnya boleh diletakkan di atas meja sebagai hiasan. boleh pilih nak design macam ner tak pun anda pilih jer design dalam tu dan boleh edit sendiri. Abadikan gambar kenangan baby di dalam ceramic tiles sangat menarik taw. 

7. Mug 


mug colour 

Mug juga boleh dijadikan kenangan abadi nak letak gambar kenangan baby tak pun letak bila tarikh baby atas kreativiti anda, kalau rasa malas nak design boleh jer pilih pelbagai koleksi untuk baby di dalam printcious itu. nak tengok contoh design colour mug boleh tengok dekat SINI
       
Sebenarnya di printcious ni juga ada disediakan pelbagai koleksi hadiah untuk pelbagai hari iaitu Birthday,Wedding,Engagement,Annivesary, Graduation,Father day,Mother day,Valentians day, Chrimas dan New Baby dekat Printcious … anda boleh pilih untuk pelbagai sambutan tersebut dan pilih design yang disediakan ataupun nak hasilkan design kreaviti anda sendiri pun boleh…

Ok la itu sahaja yang saya cadangkan untuk anda yang sedang mencari barang yang nak dihadiahkan kepada baby yang baru lahir cepat-cepat la usha Printcious sebab sekarang ada DECSALE code. Untuk maklumat lajut boleh berkunjung ke link seperti di bawah ini :-  



Twitter : @Printcious
Email : ask@printcious.com
Youtube : printcious-gifts
alamat :
No.30 Ground Floor,Jalan Tiara 4
Bandar Baru Klang,41150 Klang
Selangor D.E Malaysia


                     “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

Sunday, November 26, 2017

Sis Gee First Giveaway

http://www.sisgee.com/2017/11/sis-gee-first-giveaway.html 

SYARAT - SYARAT :
1) Seorang blogger di Malaysia
2) Follow blog  << www.sisgee.com >>  **wajib**
3) Follow Instagram  << @hazirahmohd >> 
4) Follow Facebook << Hazirah Mohd >> 
5) Buat entry bertajuk : Sis Gee First Giveaway
6) Letakkan banner kat atas dan linkkan ke entry ini.
7) Tinggalkan komen link penyertaan korang di entry ini.
DONE!!


Saturday, November 25, 2017

Design Facebook Cover Blogger Ina

Design Facebook Cover Blogger Ina  | Assalamualaikum... Hai korang semua selamat malam.. alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ni..




Baru-baru cik ash dapat whatsapp daripada blogger ina untuk menempah Facebook Cover, terkejut la cik ash lama dah tak design ni hahahaha.. Cik Ash ni bukan mahir sangat dalam bab design tu kalau yang nak menempah boleh jer buat hihihihi..tidak la semahir blogger design yang lain.. 


Design ni hanya hobi Cik Ash masa lapang kalau tak ada buat apa design jer.. hihihihi.. jom usha tengok hasil design cik ash buat dekat bawah ini comel tak, kalau korang nak tempah dengan cik ash boleh jer hihihihi.. ruang ada sokmo hihihihi.. 




Lawa tak hasil design Cik Ash buat ni.. hihihihi.. ina nak design simple warna hitam putih , masa tunjuk dekat beliau sangat berpuas hati hihihihi.. syukur alhamdulilah bila hasil kerja kita orang suka kan.. 

Ok la korang Cik Ash undur diri dulu la jumpa lagi nanti, nak pergi sambung buat kerja dekat rumah ni, surirumah ada jer kerja nak buat.. hihihihihi..

Gambar Bertunang Fazura Dan Fattah

Gambar Bertunang Fazura Dan Fattah | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap sihat la ya..





Akhirnya terjawab sudah desah desus perkhabaran Fattah dan Fazura nikah, Cik Ash memang tak percaya sangat bila ramai kata dia kahwin sebab macam tak percaya hahahaha... sebab tak sangka akhir fattah jatuh cinta dengan fazura ni.. 

Fazura  dan Fattah sudah membuat sidang media pada 23 November 2017 jam 6 petang mengatakan beliau berdua telah bertunang sebelum berangkat ke Mekah, tarikh bertunang mereka pada 13 November 2017, Majlis merisik dan bertunang diadakan di kediaman rumah nenek fazura, Majlis dibuat secara ringkas sehari sebelum mereka berangkat ke mekah.. Tahniah Cik Ash ucapkan kepada mereka berdua semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya..

Majlis adakan secara tertutup, meriah sangat jom usha gambar dan video sekitar majlis Fazura Dan Fattah dekat bawah ni 






Ok la itu jer Cik Ash nak share dengan korang semua, tahniah buat kedua pasangan cinta di lokasi drama Hero Seorang Cinderella, masa bulan Mei aritu.. suka tengok mereka berdua, serasi nampak semoga dipermudahkan fasa seterusnya buat mereka..