TICKER

Tuesday, November 28, 2017

Gambar Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah

Gambar Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah


Terkejut Cik Ash bila baca fattah dan fazura sah bergelar suami isteri semalam, memang mengejutkan ni.. Cik Ash ucapkan tahniah buat kedua-dua artis ini semoga perkahwinan ni berkekalan akhir jannah.. 






Memang suka sangat kedua-dua berkahwin sebab nampak keserasian mereka berdua dalam drama Hero Seorang Cinderella. Dengan sekali lafaz semalam pada jam 9.50 malam tadi 27hbln November 2017 Nur Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin.. Majlis telah diadakan di sebuah hotel termuka, majlis yang tertutup.

Jodoh dan pertemuan siapa sangka, doakan la pasangan ni berkekalan ke akhir jannah... teringat pulak kisah Cik Ash dan suami masa mula-mula kenal hahahahha.. Cik Ash dan suami la siapa sangka bertemu di radio on9 suatu ketika dahulu, seorang belah pantai timur seorang belah utara,pernah tak berhubung 2 tahun, tut berhubung kembali dan alhamdulilah pada 29 Mei 2014 kami sah suami isteri sehingga sekarang. hihihihihi.. doakan Cik Ash dan suami semoga perkahwinan ni berkekalan ke akhir jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah amin... 

     
                         

Eh terlebih pulak Cik Ash bercerita pasal kami pulak, apa-apa pun Cik Ash ingin ucapkan selamat pengantin baru kepada Fattah dan Fazura. Tahniah! Tahniah semoga berkekalan ke akhir jannah nanti.. Jumpa lagi nanti dengan entri lain.. loni ada masa Cik Ash update busy sekarang duk jaga ibu mentua sedang sakit.. hihihihi..

6 comments:

  1. selamat pengantin baru fattah dan fazura

    patah hatiku :)

    ReplyDelete
  2. Semoga ibu mertua ekin diberi kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat mereka.
    Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama doakan yang terbaik untuk Fattah dan Fazura.. :)

    dan semoga ibu mertua cik ash kembali sihat.. aamiinn..

    ...

    ReplyDelete
  5. LZ suka tengok Fazura ni Cik Ash sebab sweet..
    Alhamdulillah kerana mereka berdua sudah pun diijabkabulkan..
    Semoga mereka bahagia selamanya..

    ReplyDelete