Tuesday, November 7, 2017

author photo
Juri Asia's Got Talent 2 Terpegun Dengan Nyanyian Mafarikha Vokal Bukan Sekadar Rupa | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar cik ash harap semuanya sihat walafiat ya. 


mafa
Mafa

Masih ingat lagi tak dengan  perserta program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu Mafarikha Akhir yang mengangkat nama ataupun beliau lebih dikenali nama Mafa sebagai naib juara masa program itu. Yang sedihnya nama Mafa tak begitu menyerlah di dalam industri dan namanya terus hilang begitu sahaja kerana beliau tidak mempunyai pakej yang lengkap nak jadi penyanyi yang popular. 

Baru-baru cik ash saja-saja bukan youtube ternampak program Asia's Got Talent 2 share pasal Mafa tu, lepas tu di media sosial ramai mengatakan mafa membuat persembahan memukau dengan menyanyikan lagu Hero oleh Mariah Carey di dalam pertandingan Asia's Got Talent 2.

Dengan persembahan yang dinyanyikan oleh Mafa tiga juri terkenal iaitu David Foster, Jay Park, Anggun dan serta penonton memberikan tempukan gemuruh kerana cukup terpegun dengan bakat nyanyian oleh Mafa. Mafa ada bagitaw tujuan dia untuk menyertai AGT 3 ini adalah untuk membuat kemunculan semula dan menyambung impiannya untuk bergelar penyanyi. Jom layan video penuh nyanyi Mafa di Asia's Got Talent 2 dekat SINI. 

Ok la cik ash undur diri dulu jumpa lagi nanti ya.. maafkan cik ash kalau ada salah dan silap dalam menulis...  

This post have 8 komentar

avatar
Dr Yingzangel delete November 7, 2017 at 8:33 PM

Lagu hero sudah nak nyanyi ni. Merdunya suara die

Reply
avatar
Lea Azleeya delete November 7, 2017 at 8:59 PM

Lahai x leh tgk sini.. kite tgk thru hp nnti.. mesti best ni..

Reply
avatar
zuhaira nasrin delete November 7, 2017 at 9:31 PM

alaa tak tengok pulak episod ni, nanti boleh tengok ulangan ni. hehe

Reply
avatar
Najah Mustapa delete November 7, 2017 at 10:54 PM

suara dia memang best! cuma sayang apabila di malaysia untuk terkenal itu perlu ada pakej

Reply
avatar
Kira Sakura delete November 8, 2017 at 10:21 AM

tak kenal. tapi biasa la kalau kat sini. kalau kurang pakej mesti tenggelam

Reply
avatar
Jari Manis delete November 9, 2017 at 7:08 AM

Yg masuk asia got talent mmg sgt berbakat

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 9, 2017 at 11:55 AM

Sha tak kenal.. Tadi gi search dulu kat youtube.. sedap suara dia..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post