TICKER

Tuesday, November 28, 2017

Nasi Gulai Ayam Ala Kak Wook

Nasi Ala Kak Wook | Assalamualaikum.. Hai, harap semua sihat sokmo la ya.. sebenarnya nasi ala kak wook ini cik ash dah lama buat ni baru sempat nak menaip dekat blog hahahaha... kebetulan sangat rempah kari dari kelantan ada tu yang teringin nak buat lagi pulak ibu mentua mengidam nak makan..

Nasi Ala Kak Wook
Nasi Berlauk  Kak Wook ini sangat poopular di kelantan , pagi-pagi dah makan nasi taw, nasi kak wook la yang paling simple , gulai ayam, ayam goreng, sambal lada dia memang terbaik sangat.. lama sangat tak makan nasi kak wook dekat kelantan. Dulu masa zaman Cik Ash kerja di kota bharu dekat bangunan MARA dekat kawasan situ ada restoran jual nasi ala kak wook memang setiap hari beli nasi situ pagi waktu tengahari hahahaha sampai tuan kedai tu kenal tak yah cakap banyak.. hahahaha.. 

Sebenarnya dekat kulim ada jugak Nasi Berlauk Kak Wook tu jauh sangat nak pergi lagipun suami kan kerja bila dia free sambil-sambil pergi beli lauk ada singgah sana, tak kan sokmo nak pergi makan situ hahahaha.. sampai tauke kedai situ kenal.. Jom usha resepi yang cik ash buat ni boleh nak lepaskan tekak sikit teringin nak makan nasi ala kak wook. tapi sambal tu cik ash guna sambal yang sedia sambal nasi kerabu hahahaha.. Boleh dimakan tak ada sehebat nasi ala kak wook original nak lepas rindu daripada jauh boleh la makan.. hihihihi...

Resepi Nasi Ala Kak Wook 

Nasi tanak seperti biasa nak bagi wangi letak daun pandan satu. 

gulai ayam
Bahan-bahan Gulai Ayam 

4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih 
1 1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari (kelantan) 
1 batang carrot (potong dadu)
2 biji ubi kentang (potong dadu)
Kaki ayam,leher,kepak di potong kecik2 
Santan kotak
3 cawan air 
2 sudu kfc garam 
2 sudu kfc serbuk pati sedap 
1 ketul nise ataupun gula melaka



Cara Membuatnya :-


1.Bahan rempah satukan bancuh dengan sedikit air dan gaulkan bersama ayam. Perap sebentar
2.Panaskan sedikit minyak , tumis bahan kisar  dan serai hingga wangi
3.Bila dah wangi, masukkan ayam dan rempah yang di perap tadi dan masak hingga ayam empuk.
4.Jika terlalu kering, letakkan sedikit air
5.Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
6.Kemudian masukkan  santan, renihkan hingga kuah sedikit pekat
7.Masukkan  carrot
8.Kemudian perasakan dengan nise dan garam secukup rasa
10. Bila kuah pekat, angkat dan hidangkan


Ayam Goreng Ala Kak Wook  

Bahan-bahan 
Ayam - dipotong kecil-kecil 
garam 
2 inc kunyit hidup di tumbuk lumat 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil serbuk cili
(cik ash guna garam kunyit  yang cik ash buat stock jer)

Cara membuatnya :- 
Ayam di basuh bersih-bersih dan ditoskan. 
Kemudian dipotong kecil-kecil
Lumurkan ayam dengan bahan diatas dan perapkan sekejap. 
Goreng ayam dalam minyak yang terendam sampai sederhana garing. 


Manakala untuk sambal pulak cik ash guna sambal yang sedia ada dekat rumah ni sambal nasi kerabu, hihihihi.. kalau anda nak cuba buat sambal nasi  kak wook ni boleh la tengok resepi dekat blog INI dekat situ detail penuh nasi ala kak wook


Ok la anda semua itu cara Cik Ash buat bukan resepi asal daripada kak wook pun, nama lagi nasi ala kak wook kan, boleh sambil-sambil nak melepaskan rindu nak makan cuba la buat.. selamat mencuba resepi ini..





6 comments: