Perhitungan Semula Datuk Lee Chong Wei Dan Brice Leverdez  | Assalamualaikum.. Hai, harap semuanya sihat la.. saja-saja update blog masa ni hihihihi.. kalau ikut lama dah cik ash tak tulis pasal sukan dekat blog ni hahahaha.. sejak jadi wife jarang sangat nak update isu sukan.. biasa la jadi wife malas nak ikuti sukan sangat.. so hari ini terlebih rajin la pulak.. Jom baca artikel ni cik ash ambik daripada petikan utusan Malaysia. 
 Di dalam petikan Utusan Malaysia 
 KUALA LUMPUR 15 
Nov. – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu 
semula dengan pemain yang menyingkirkannya di pusingan awal Kejohanan 
Badminton Dunia, Brice Leverdez di pusingan kedua Siri Super Premier 
Terbuka China, esok.
Chong Wei yang sedang dalam misi 
mencari kejuaraan pertama selepas lapan bulan bermula cemerlang apabila 
mudah mengatasi halangan awal dengan menyingkirkan Hsu Jen Hao dari 
Taiwan 21-5, 21-7 dalam aksi 26 minit yang berlangsung di Fuzhou, hari 
ini. 
Tidak pernah meraih sebarang kejuaraan sejak 
memenangi gelaran All England keempatnya pada Mac lalu, pemain berusia 
35 tahun itu akan sekali lagi bertemu Leverdez yang turut mara selepas 
menyingkirkan Sourabh Verma dari India dengan keputusan 21-14, 15-21, 
21-11.
Chong Wei sebelum ini mencatat 
keputusan buruk dalam dua penampilan terakhir selepas tersingkir pada 
pusingan kedua Terbuka Denmark dan pusingan pertama Terbuka Perancis, 
bulan lalu,
 

Dah lama tak layan badminton kiki
ReplyDeleteDah lama akak tak tengok game LCW ni.
ReplyDeletelast masa bujang layan game nii.. hukhukhuk. segala urat dah keras
ReplyDeleteLama gile dah tak layan badminton
ReplyDeleteJemput join ;)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html
last tengok game LCW ni mase olimpik latest rasanya, hehe
ReplyDelete