TICKER

Friday, November 24, 2017

Resepi Cucur Ayam

Resepi Cucur Ayam | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. alamak terpublish dulu hahahaha.. maaf siapa buka entri tak ada Cik Ash baru publish balik simpan dalam draf dulu untuk masukkan cara membuatnya.


Lama dah sebenar buat cucur ayam ni baru menyempat nak share resepi dekat blog ni.. nak menulis ni kena ada mood gak bila datang mood sampai banyak entri di taip hahahaha.. lagi pun sebenar Cik Ash sibuk sikit walaupun belum ada anak tugas surirumah kena la buang bukan duk goyang kaki pun, lagi pun Cik Ash duk sebumbung dengan ibu mentua yang sedang sakit kena tengok-tengokkan nya.. menantu perempuan seorang ini dia harapkan siapa lagi.. tanggungjawab cik ash dan suami, alhamdulilah boleh ibu mentua yang baik dah menerima menantu perangai pelik hahahahha.. perangai pelik biar la rahsia.. 

Eh melalut pulak cik ash ni nak share resepi p cerita benda lain.. korang pernah makan cucur ayam tak.. mesti la pernah kan.. Cik Ash suka mencuba hahahaha.. ni main buat letak jer bahan-bahan yang ada kat dapur tu..  

 Resepi Cucur Ayam 

Bahan-bahan 
Tepung gandum 
isi ayam agak-agak jer 
daun sup
ubi kentang sikit (direbus)
lada sulah 
carrot 
garam
serbuk pati sedap
air suam 

Cara membuatnya 
1. Cincang isi ayam tu sampai lumat, cik ash tak cincang guna blender untuk cincang isi lembut. 
2. Bancuhkan tepung gandum dan masukkan semua bahan isi ayam,carrot, daun sup, ubi kentang, carrot kacau bagi sebati.
3. Lepas itu perasakan dengan lada sulah, garam, serbuk perasa. 
4. Panaskan minyak goreng cucur ayam sampai kekuningan.. 
5. Siap di goreng boleh di hidangkan dengan sos pencicah or sos cili. 

Ok la jumpa lagi nanti... hihihihi..

2 comments: