TICKER

Thursday, November 30, 2017

Resepi Cucur Ikan Sardin Tin

Cucur Ikan Sardin Tin | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya, malam ni rajin nak share resepi dengan anda semua. 

Cucur Ikan Sardin Tin

Inti sardin lebih buat pau sardin kemalrin tu Cik Ash buat cucur sardin hari ini, guna jer bahan-bahan yang ada dekat dapur itu. mudah dan senang sangat.. 

Sedap pulak cucur sardin ni hahahahaha, makan tak ingat langsung last habis makan kami suami isteri dekat rumah ni, ibu mentua jer la tak lalu nak makan... Cik Ash pening dah nak masak apa dekat ibu mentua yang tak sihat sekarang, sebab tu loni Cik Ash agak kurang nak blogwalking mood tak mai sangat duk fikirkan dekat ibu mentua tak sihat ni. 

Eh apa pulak Cik Ash terlebih-lebih bercerita pasal kami pulak kan, mesti anda semua dah tak sabar nak tengok hasil cucur sardin yang Cik Ash buat ini kan, memang menarik sangat cucur sardin ni best pulak makan isi lembut didalam garing dekat luar hahahhaha.. aduhhhh nanti beli sardin pulak buat stock boleh buat lagi..

Jom usha resepi dekat bawah ni cara nak membuat Cucur Ikan Sardin versi Cik Ash hahahahaha..senang sangat nak buat ni guna bahan ada dekat dapur jer pun.. 

Resepi Cucur Ikan Sardin
Bahan-bahan
Lebihan Ikan sardin
2 cawan tepung 
carrot 
bawang besar kuning separuh 
lada sulah 
garam
serbuk pati sedap 
air 
Minyak masak (untuk mengoreng)

Cara Membuatnya 
1.  Carrot dan bawang besar kuning di tumbuk or bleder , cik ash guna tefal chopper tu senang tarik-tarik lumat carrot dan bawang.
2. Satu kan semua bahan masukkan air kacau-kacau bagi rata, bila tepung dah sebati semua.
3. Masukkan garam,lada sulah dan pati sedap kacau lagi hingga sebati.
4. Panaskan minyak, bila minyak masak masukkan la cucur kedalam minyak panas,goreng cucur hingga kekuningan, bila kuning toskan minyak dalam tapisan. 
5. Siap boleh dihidangkan makan begitu saja tak pun makan dengan sos.. 

Ok la selamat mencuba resepi ini , senang sangat kan, hihihihi... saya nak undur diri dulu jumpa lagi nanti di entri yang baru.. kalau anda teringin nak tengok resepi saya dekat blog ni boleh jer tengok dekat RESEPI.






24 comments:

  1. woow
    .kreatif cik ash.. tak terpikir nak buat pon.. terimakasih ya.. ina nak jugak nanti

    ReplyDelete
  2. X ferfikir jugak pon ada cucur ikan sardin haaa.. dok teringat sardin gulung jerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi.. Lambat sangat nak buat sardin gulung tu yg terlintas buat cucur sardin tin

      Delete
  3. Tak tau pun ada cucur ikan sardin hehe ingatkan sandwich je orang buat guna sardin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Ekin sentiasq cuba sesuatu yg kreatif hihihi

      Delete
  4. Menu masakan cik ash tak pernah tak kreatifkan . Selalu kratif , selalu olah masakan jadi lain dari lain .janji sodappp di makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi kena rajin memcuba ni memcuba buat xsangka sedap jugak hahahaha

      Delete
  5. Wahh macam sedap lah buat cucur guna ikan sardin.. Ros tak pernah cuba. Terima kasih Cik Ash untuk resepi ni. Boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  6. Wah boleh try ni. Tak terfikir pun buat cucur sardin.. Thanks share resipi

    ReplyDelete
  7. Baru tau sardin boleh buat cucur... Hehehe.. Bolehlah try nanti resepi akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. Akak ni selalu memcuba wawa.. Dipersila try resepi ni

      Delete
  8. Replies
    1. Hihihihi.. Dulu pun xpernah terfikir gak loni sejak jadi tukang masak macam terfikir nak buat

      Delete
  9. Semoga mil cepat sihat k.ekin. Variasi sungguh resepi k.ekin. good 2. Kita kena kreatif gitu. Nnti leh cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq shad.. Mil dah ok sikit loni.. Betul tu kena selalu kreatif la..

      Delete
  10. Amboih macam2 resepi cik ash hasilkan.. mesti kenyang perut orang yang dok sekeliling cik ash.. rajinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Tu la kenyang perut suami n ibu mentua.. Hihihihi

      Delete
  11. Tak terfikir pulak nak guna sardin.. selalu guna ikan bilis atau udang kering ja

    ReplyDelete
  12. Tak pernah terpikir nk buat cucur ikan sardin tin. Nanti nk cuba buat la hehe.terima kasih share resepi. Hehe

    ReplyDelete