TICKER

Friday, November 17, 2017

Resepi Telur Bistik

Resepi Telur Bistik | Assalamualaikum... Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 

telur bistik

Baru ini Cik Ash cuba buat Telur Bistik.. alhamdulilah menjadi, suami dan mok akan berselera sungguh, Ck Ash terliur ambik sedikit rasa hihihihi.. rasa macam dekat kedai makan hahahaha...


Tak makan lauk lain pun tak pe makan telur bistik sekali dengan kuah dah kira ok dah tu kan.. simple tu yang menyelerakan..tengok suami dan mok makan bertambah-tambah syukur alhamdulilah, lagi pulak dekat rumah anak saudara suami Cik Ash selalu datang jalan-jalan sini ada tu siap tidur diaorang sempat merasa telur ni Cik Ash mok kata anak saudara itu puji moksu masak sedap tak macam ummi dia.. hahahahaha..syok dapat pujian daripada anak saudara hihihihi.. Eh lupa Cik Ash nak share resepi anda semua buat telur bistik ni, mudah sangat guna jer bahan-bahan yang ada kat dapur tu, Jom usha resepi dekat bawah ini : 


Resepi Telur Bistik 

Bahan-bahan 
3 biji telur 
1/2 bawang besar 
1 biji bawang holand 
2 biji bawang putih 
sedikit tomato 
sayur campur cik ash guna carrot dan kubis cina 
3 sudu sos tomato 
3 sudu sos cili 
1 sudu sos manggi 
Gula dan secukup rasa 

Cara membuatnya

goreng telur

1. Pukul telur bersama dengan bawang yang telah dihiris dan sedikit isi ayam, tambahkan sedikit garam. 
2. Goreng telur sehingga garing. Kemudian angkat letakkan di dalam pinggan yang besar dan ketepikan. 

kuah bistik

3. Tumiskan bawang putih, bawang holand yang dicincang halus sehingga naik bau. 
4. Masukkan isi ayam, Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak. 
5. Masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, tambah kan sedikit air kalau rasa nak kuah lebih. 
6. Kemudian perasakan dengan garam dan secukup rasa. 
7. Masukkan carrot dan bunga kubis cina , kacau sebentar, jangan bagi layu sayur tu. 
8. Setelah kuah masak, boleh la tuangkan kuah itu di atas telur yang dah di goreng tadi. 

Ok la itu jer resepi telur bistik yang cik ash buat, jumpa lagi di entri berkaitan dengan resepi kalau korang nak tengok entri resepi cik ash yang lain boleh usha dekat SINI.

10 comments: