Thursday, November 9, 2017

author photo
Sistem SAPS Ibu Bapa | Assalamualaikum.. Hai , apa khabar hari ini sihat ke, saya harap anda semua sihat walafiat ya.. sekarang musim hujan internet selalu semput-semput la pulak nak kongsikan benda yang baik terlepas peluang sokmo la.. 

SAPS IBU BAPA

Hari ini saya berpeluang untuk kongsikan dengan anda semua mengenai satu laman web yang sangat sesuai untuk kegunaan ibu bapa masa kini iaitu laman web Sistem SAPS Ibu Bapa. Lagi pulak sekarang zaman sangat mudah dan cepat sebabnya hanya dengan menggunakan hunjung jari anda sahaja untuk menyemak keputusan anak-anak pada zaman sekarang hanya memerlukan internet untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini. Boleh menggunakan laptop, handphone, komputer nak menyemak SAPS ni. Mudah kan  so apa tunggu cepat-cepat la anda chek keputusan peperiksaan akhir tahun anak anda sekarang.

Contoh Slip Semak
Anda pernah dengar ke pasal SAPS ibu Bapa? Kalau tak pernah dengar dan tidak taw jom saya huraikan sedikit tentang SAPS Ibu Bapa ini ianya merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan untuk mengumpul dan menganalisis data peperiksaan dalam setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem SAPS Ibu Bapa  ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan dan markah dan kedudukan kelas pelajar atau penjaga murid. Dibangunkan secara atas talian dan boleh dicapai oleh mana-mana pihak seprti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pihak sekolah. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar untuk membuat semakan tentang keputusan peperiksaan dan kedudukan dengan adanya internet dapat akses SAPS ibu bapa ni. 
 
Semak Slip

Untuk membuka web ini anda seharusnya digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana bila anda buka web  tidak akan terjadi adanya masalah website down ataupun terjadinya Laman tidak dapat diakses. Bagi memerikasa keputusan peperiksaan anak-anak secara online klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.
Slip Keputusan


Walaupun saya belum bergelar ibu bapa teruja jugak untuk menyemak keputusan ni, selalunya saya menyemak keputusan anak saudara yang darjah satu kakak ipar yang mintak tolong untuk menyemak dengan adanya sistem  SAPS Ibu Bapa mudah sangat la. Sambil-sambil saya sedang melayari internet ni boleh la menyemaknya pada bila-bila masa dan di mana jua pun. Mana la taw bakal berguna untuk saya juga untuk masa akan datang kan, dengan kelebihan teknologi ini merupakan satu batu loncatan kepada saya nanti untuk menjadi ibu bapa untuk mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang berjaya kelak. Saya yakin tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan,anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik. 

Sebagai langkah untuk kegunaan masa depan bila saya dah ada anak ke nak saya kongsikan SAPS Ibu Bapa 2017 ini , kepada ibu bapa diluar sana pun boleh juga ambik perhatian dengan SAPS agar ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan hanya secara online ya. Memudahkan sangat sistem ni saya cuba mengunakannya rasa sangat berpuas hati sangat dengan sistem ni..

Semoga dengan ada  sistem SAPS Ibu Bapa  ini dapat membantu ibu bapa diluar sana bila mengetahui sistem sangat bagus untuk membuat semakan online keputusan peperiksaan,memantau prestasi akademik anak  masing-masing agak mereka akan terus kekal cemerlang di dalam peperiksaan kelak. 

This post have 8 komentar

avatar
Sha Mohamed delete November 9, 2017 at 9:54 AM

Sha suka guna sistem ini.. Mudah sangat

Reply
avatar
sis gee delete November 9, 2017 at 10:20 AM

bagus sistem ni!gee pun guna..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete November 9, 2017 at 11:16 AM

rabia chcek keputusan exam ni dulu ..senang ia memudahkan kan

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete November 9, 2017 at 11:30 AM

Sekarang ni dah mudah kan..semua update dan key in on9..

Reply
avatar
mrsliez delete November 9, 2017 at 9:28 PM

Memang bagus ada sistem untuk ibu bapa yg bizi..lagi satu anak2 xboleh tipu hihihi

Reply
avatar
Azhafizah MN delete November 10, 2017 at 2:10 AM

Bagus sangat ada sistem SAPS ni.

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete November 12, 2017 at 7:29 PM

Bagus dan mudah sangat sistem SAPS ni untuk ibu bapa . Lepas ni budak2 dah tak boleh sembunyi result exam walaupun failed .. ibu bapa dh boleh tengok melalui sistem ni . Zaman CCL dlu kalau failed matematik walaupun satu subjek memang takut nak tunjuk buku rekod peperiksaan dekat parent .bila diorang tanya , cakap cikgu tak bgi .heheh

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post