TICKER

Thursday, November 16, 2017

Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit  | Assalamualaikum.. Hai, harap anda semua sihat walafiat la ya. 

sotong goreng kunyit
Hari ini baru share pasal resepi Cik Ash buat sotong goreng kunyit, cik ash tak makan buat untuk suami dan ibu mentua makan.. dah diaorang teringin nak makan sotong goreng kunyit ada minyak-minyak gitu tu dalam gambar nampak ada minyak hahahaha.. 

Cara Cik Ash masak sotong goreng kunyit cukup simple jer letak jer apa-apa bahan pun yang ada dekat rumah ni.. janji sedap di makan buat suami dan ibu mentua bertambah makan nasi.. hihihihi..

Rasa semua orang pandai jer buat sotong goreng kunyit ni ada yang versi kering, tak ada minyak macam-macam lagi la.. cara cik ash ni sebab di request boleh suami dan ibu mentua dia suka sangat nak makan ada minyak gitu.. tunaikan la permintaan dekat diaorang walaupun terliur tengok sotong tahankan diri nak makan hahahaha.. biasa la mungkin Cik Ash alahan dengan seafood...hihihihi..Eh apa duk cakap pasal Cik Ash pulak jom kita usha resepi Sotong Goreng Kunyit dekat bawah ini :-

Resepi Sotong Goreng Kunyit 
6 ekor Sotong 
1/2 labu bawang honland (hiris bulat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji cili padi 
garam 
serbuk perasa pati sedap 
minyak 

Cara Membuatnya : 
1. Basuh sotong dengan bersih rendam dengan air cuka sikit cik ash nak bagi air sotong keluar.. hihihi.. lepas itu lumurkan sotong dengan kunyitt dan garam. 
2. Bawang putih
3. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih bagi wangi ..
4. Lepas itu masukkan sotong goreng hingga masak, 
5. Masukkan bawang besar gaul2 bagi rata 
6. Siap boleh di hidangkan dengan nasi panas.. 

Ok la itu jer cara Cik Ash buat sotong goreng kunyit minyak banyak sebab request suami yang request style gitu hihihi.. jumpa lagi nanti dengan entri resepi lain..

7 comments:

  1. Sedapnya sotong goreng kunyit.. Favourite nih

    ReplyDelete
  2. Sedapnya,..akak suka sotong berkuah begini :)

    ReplyDelete
  3. Sedap nie.baru plan nak buat sotong goreng kunyit petang nie untuk makan malam. :)

    ReplyDelete
  4. Ini menu kegemaran Siqah. Pantas dan mudah. Hihi

    ReplyDelete