Wednesday, November 22, 2017

author photo
Syarat Kelayakan Memohon BR1M 2018 : Masuk tahun 5 dah Bantuan Rakyat 1Malaysia telah dilaksanakan oleh kerajaan. Termasuklah penerimaan bantuan untuk tahun 2018 akan datang. Pembayaran berperingkat bakal diagihkan mulai bulan Februari 2018 akan datang.
 





Pelaksanaan BR1M bermula tahun 2012. Dan sehingga tahun hadapan pelaksanaan pemberian bantuan tersebut masih dijalankan. Bagaimana pula untuk tahun-tahun seterusnya. Adakah masih diteruskan atau sebaliknya. 



Bagaimana pula penerimaan rakyat Malaysia. Tanyalah hati, berbaloi kah atau sebaliknya. Bila dilihat dari segi pembayaran berperingkat memang amat sesuai dijalankan. Namun bagaimana pula dengan situasi warga emas. 


SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah



Kemukakan Salinan:

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)




Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

This post have 4 komentar

avatar
Rabiahtul adawiyah delete November 22, 2017 at 10:31 PM

Rabia boleh tahun lepas..dapat duit...terus beli jam baru..belanja my parents makan a&w.

Reply
avatar
I am LZ delete November 23, 2017 at 10:27 AM

Info berguna kepada pemohon BRIM yang layak..

Reply
avatar
ASTraveller delete November 23, 2017 at 1:10 PM

Salam singgah lagi :)

Jom join GA saya,

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post