TICKER

Friday, December 8, 2017

Drama Syurga Yang Kedua Ganti Dendam Aurora

Drama  Syurga Yang Kedua Ganti Dendam Aurora | Assalamualaikum.. Hai, harap korang semua sihat walafiat ya.. 


Drama Dendam Aurora akan tamat pada isnin dan drama yang akan mengantikannya nanti adalah Drama Syurga Yang Kedua. merupakan drama diadapitasi daripada sinteron Indonesia pulak ni. Drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria,merupakan terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh pelakon Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Beego, Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi. Akan mula ditayangkan di slot Tiara saluran Astro prima pada 12 disember 2017 nanti.

Drama ini mempunyai sebanyak 70, turut berlakon dalam drama ini adalah Dian P Ramle, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan, Doria Rachel Jolly, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi.. 

Sinopsis Drama SyurgaYang Kedua 

Drama ini mengisahkan konflik antara menantu dan ibu mentua. Danial dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy. 






Rasa tak sabar pulak nak tengok drama  ni sebab cik ash minat tengok lakonan Fasha Sandha taw, drama ni memang meninggalkan kisah yang konflik sebab cik ash dah layan drama sinetron indonesia ini dekat youtube tapi panjang episode dia..jalan cerita sinetron yang memang sedih sangat.  kalau versi malaysia tak pasti la ada best lagi mungkin ada perubahan sikit-sikit ikut cara malaysia punya kan.. tak sabar nak mengikuti drama ini pulak..




3 comments: