TICKER

Saturday, December 2, 2017

Drama Tiada Arah Jodoh Kita Slot Akasia TV3

 Drama Tiada Arah Jodoh Kita Slot Akasia TV3 | Hai, cik ash harap semuanya sihat walafiat ya.. malam ni terlebih rajin update blog hahahaha.. biasa la ada peluang ni tengok kesihatan ibu mentua dah ok sikit.. 

Drama terbaru yang akan ditayang di slot akasia TV3 untuk tahun 2018 iaitu Drama adapitasi daripada novel Tiada Arah Jodoh Kita Karya Ezza Mysara ini, tak sabar la pulak nak tengok drama ini sebabnya hero Shukri Yahaya pulak tu,Heroin dia pulak Aprena Manrose adik kepada Otavia Manrose tu. 

Harap drama ini dapat la setanding dengan drama lakonan Shukri Yahaya sebelum ni, suka tengok shukri yahya berlakon sangat menjadi bawa watak itu. Jom baca sinopsis dekat bawah ni hihihihi..

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita 

Bila 'orang tersayang' belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila 'orang tersayang balik oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? 

"Pia...kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I'm begging you." Fayyad Syakir.

"Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?" Afia Awliya

"Dia sakit. Hidup dia tak lama..." Fayyad Syakir
"Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia 

Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur, Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakkel yang dingin beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif. 

" Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar 'janda' nanti? Megat Aathif. 

"Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?" Balas Afia sarkastik. 

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh,maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka. 

"Janji dengan saya liya..walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti." Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pulak.. kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia? 

"I'm back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia." Fayyad Syakir.

"Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi.. saya nak jaga hati awak!" Megat Aathif. 

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Bila baca sinopsis dah nampak macam menarik jer drama ini, siap boleh terbayang dah shukri yahaya bawa watak dalam drama itu hahahaha... Kalau anda yang teringin baca novel online boleh baca dekat SINI nak bab yang seterusnya klik next. anda juga boleh daftar sebagai ahli disitu. 

Ok la, cik ash undur diri ya, maaf kalau ada salah silap menulis dekat sini.. jumpa lagi nanti ya. 

6 comments: