TICKER

Monday, December 4, 2017

Kulat Sisir Goreng Telur Hancur

Kulat Sisir Goreng Telur Hancur  | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Baru menyempat nak update resepi ini dekat blog biasa la mood nak menaip dekat blog agak kurang bila memikir kesihatan ibu mentua sedang sakit loni..


Mentang-mentang la ada lagi kulat sisir ni Cik Ash mencuba buat style lain pulak goreng kulat sisir dengan telur buat hancur, saja-saja nak ubah kelainan sikit, tak kan la nak buat telur dadar sokmo kan.. hahahaha.. tapi yang telur dadar memang best sampai Cik Ash ni terliur tengok tapi nak buat macamner kena kawal makan Cik Ash ni alergik dengan telur hihihihi.. 

First time masak kulat sisir ni, alhamdulilah menjadi buat suami kata sedap makan tak payah lauk lain pun tak pe makan begitu dengan nasi berselera gak tu.. suami Cik Ash bab makanan memang simple sangat hihihihi.. Jomla tengok resepi yang Cik Ash buat dekat bawah ni sangat senang dan mudah jer. 


Resepi Kulat Sisir Goreng Telur Hancur 

Bahan-bahan 
2 biji telur 
2 biji lada hijau
1 biji bawang honland 
2 biji bawang putih 
sedikit kunyit
kulat sisir 
minyak untuk menumis
sedikit garam dan serbuk pati sedap

Cara membuatnya :-

1. Basuh kulat sisir bagi bersih dan toskan air tu. 
 2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. 
3. Masukkan lada hijau atau merah. Kacau  Sebentar. 
4. Kemudian masukkan la kulat sisir dan kunyit. Goreng hingga kulat sisir agak layu sebelum di masukkan telur. Tuang la telur itu ke dalam kuali lepas tu biarkan telur keras sedikit baru la digaulkan bersama-sama dengan kulat sisir. 
5.Perasakan dengan garam dan secukup rasa. 
6. Tutup api apabila kulat sisir dah lembut dan sebati dengan telur. 
7. Sedia untuk dihidangkan. 

Ok la,musim hujan loni sedap la makan kulat sisir ni tak makan lauk lain pun tak pe sangat.. nasi pun bertambah-tambah la jawabnya.. resepi simple sangat ni.. hahahahha..

48 comments:

  1. ya Allah lamanya tak make kulat sisir.. x jupo nyo wehh haa.. sedap jugak nampak buat macam ni.. x rajin buat huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin ni pertama kali makan.. Kalau mok n suami memey febret diaorg la masa duk kat kelantan mok siap cerita lagi

      Delete
  2. Replies
    1. Seda sgt makan x kbr gapo ni hahahaha

      Delete
  3. Tak pernah makan tapi nampak sedap jew cik ash masak nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik ash pun pertama kali makan memey sedap hahahaha

      Delete
  4. memang sedap.
    Kita orang panggil cendawan kukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh baru taw negeri luar panggil.cendawan kukur

      Delete
  5. Sedap ni kudapan petang hari . Goreng garing-garing

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kulat sisir ni.. Lama tak makan 😄

    ReplyDelete
  7. Sedapnya dah lama tak makan.. biasanya time hujan-hujan camni memang banyak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah mil cik ash kata begitu hujan begini la banyak tumbuh.. Hihihi

      Delete
  8. pernah makan tapi masak sayur air gitu...tapi sedap sungguh kulat sisir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kulat sisir buat stylw gini pulak gee mesti sedap lagi ni

      Delete
  9. Susah nak dapat kulat sisir dekat sini 😂 rare sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun susah gak ni kebetulan sangat g pasar kulim terjumpa terus beli selalu

      Delete
  10. KL payah nak cr kulat sisir..kadang² je ada org jual...makan dgn nasi panas² syokkk oii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kat kl jer sally kat kulim pun sama jer jarang nak jumpa gak

      Delete
  11. Kulat sisir tu cendawan eh..sebab tak pernah dengar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendawan kukur.. Kulat sisir bahasa orang pantai timur sebut hahahaha

      Delete
  12. Cendawan apa tu, Tak pernah try laagi, kalau cendawan busut tu I pernah la makan, thanks for the resepi nanti nak cuba
    a

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendawan kukur kalau xsilap saya la.. Saya sbb mil yg panggil kulat sisir

      Delete
  13. tak pernah makan kulat sisir ni, sebab allergic dengan semua jenis cendawan. makan jer bloating. tapi resepi Cik Ash ni nampak macam sedap. mampu tengok jer la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap suami makan bertambah ni hahahaha

      Delete
  14. sedapnya kulat sisir. favourite akak ni. pernah sekali mak akak masak gulai lemak cili padi..adoi la, makan berselera tak hengat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mil pun suka makan.. Nanti boleh cuba buat gulao lemak cili padi pulak

      Delete
  15. Rawlins rasa cam nak tukar dengan telur asin.. mesti sedap gak rasanya kan. Terima kasih share resipi nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawlins boleh jer tukar xyah letak garam dah sbb telur asin kan masin hihihi

      Delete
  16. Mana nak cari kulat sisir tu yea.. macam susah je nak jumpa.. dulu selalu mak masakkan kulat sisir gulai lemak .. sedap sangat2.. tapi lepas kawen ni memang tak merasa dah kulat sisir.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun agak susah dapat gak ni kebetulan sangat p pasar kulim aritu ternampak kulat tu yg beli terus

      Delete
  17. simple je cara buat tapi nampak macam sedapppp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jmr saya masak memang simple sangat suami nak style gitu hihihihi

      Delete
  18. sedapnya.. dulu bekas mak mertua slalu masakkan kular sisir ni masak gulai lemak cili api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap eh gulai lemak cili api nanti kalau dapat kulat sisir kena beli gak la nti

      Delete
  19. Allahu, terliur jugak tengok... Keke mula2 tertanya jugak apa lah kulat sisir tu... baca komen2 yg ada baru tau... satu lagi info baru saya dapat :) terima kasih kongsi resepi ni cik ash.. nak try bat jgk la nti hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ct.. Saya pun taw pasal kulat mil yg bagitaw first time makan kulat ni

      Delete
  20. Simple tapi sedap. Kita pun suka makan macam ni

    ReplyDelete
  21. wah sedapnya makan, terasa nak cuba makan kulat tu sebab tak pernah rasa lagi haha. bahaya tak kalau makan cik ash? :')

    ReplyDelete
  22. Saya suka cendawan sisir ni... memang sedap masak macam tu makan dengan bubur walaweeeeeeeee repeat makan tak tau berapa kali

    ReplyDelete
  23. Alaa... Silap lagi baca waktu tengah hari ni. Laparnya bila tengok gambr tu! Tak pernah cuba lagi menu ni. Nanti bolehlah propose dekat mak untuk masakkan kalau balik kampung lagi! Hihi

    ReplyDelete
  24. 1st time dengar nama kulat sisir, sama ke dgn yang letak dalam tomyam tu?, ke lain?

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  25. Tak tau apa tu kulat sisir. Maybe pernah makan. Haha. Rasanya ada gulai lemak kuning dengan kulat ni. Hurmmm. Nanti tanya mak. Haha

    ReplyDelete
  26. Not sure what is kulat sisir and never eat it before. But look tempting the recipes. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  27. Menarik juga resipi ni. Rasa macam tak pernah cuba makan lagi ni.

    ReplyDelete