-->
banner

Teman Hebat

TERBARU BY CIK ASH

Tuesday, January 30, 2018

author photo
Ayam Percik By Cik Ash | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat ya. Alhamdulilah syukur  masih dapat menulis entri dekat blog ini..menu dah lama buat baru nak hihihihi.. Hari ini terlebih rajin nak kongsi Cik Ash ada buat Ayam Percik hihihihi.... lama dah tak makan masa bulan puasa aritu teringin nak makan so buat jer tapi guna santan kotak jer.


Memang lauk ayam percik berhantu taw membangkitkan selera perut suami hahahaha, suami Cik Ash makan bertambah-tambah, lagi pulak Cik Ash dapat pujian daripada ibu mentua dia kata sekarang Cik Ash dah mahir masak hihihihi sebelum ni pandai jugak cuma masak yang simple hahahaha, sekarang semua boleh buat dah sikit-sikit tak macam masa mula-mula kahwin masih kekok lagi nak memasak untuk suami dan ibu mentua hihihihi.. sekarang alhamdulilah dah masuk tahun ke 4 bergelar isteri dan surirumah dapat menyesuaikan diri mula masa tak kerja rasa lain sangat , macam-macam rasa. 

Eh terlebih-lebih bercerita pasal Cik Ash pulak, sebenarnya cik ash nak share pasal masak ayam percik by Cik Ash hihihihi, cik ash buat jer main agak-agak bahan dekat dapur tu, lagi pulak ada ingat sikit ma n ibu mentua bagitaw letak apa. Resepi kat bawah ni Cik Ash masak untuk 3 orang makan jer.. nak masak banyak pandai-pandai lebih bilangan bahan-bahan tu ya.

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan 
8 ketul ayam 

Bahan untuk perap ayam : 
1 ulas bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
garam secukupnya 

 Bahan untuk Kuah :-
1 Kotak santan 
1 ulas bawang besar 
1 inci halia 
1 batang serai
2 tangkai cili kering
garam secukupnya
Gula- untuk ada rasa manis
1 keping asam keping- letak sekejap jer

Cara Membuatnya :- 
1. Mula-mula sekali kena mesin dulu bahan perap ayam lepas itu lumurkan pada ayam dalam 30 minit. Saya kukus dulu ayam tu sebab nak bagi masak sekata kan. terpulang pada korang nak bakar terus pun boleh. Bakar ayam sehingga masak.

2.  Selepas itu kisar kesemua bahan kisar bagi lumat, masukkan dalam periuk bersama dengan santan, masakkan di atas dapur dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau selalu ya. kalau pekat tambah sedikit air.. masaklah hingga kuah jadi pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 

3. Bila ayam dah masak sekata boleh la diangkatkan , hidang dengan nasi yang panas. sedap sangat la.. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi hari ini... resepi ayam percik versi Cik Ash..







your advertise here

This post have 24 komentar

avatar
el delete January 30, 2018 at 10:03 AM

ni ayam percik kelantan ke ekin

Reply
avatar
mamapp delete January 30, 2018 at 10:43 AM

Sedapnya.. nak sikit boleh?

Reply
avatar
Abam Kie delete January 30, 2018 at 4:30 PM

sedap sehingga menjilat jari!

Reply
avatar
kisah si dairy delete January 31, 2018 at 9:18 AM

ok..nanti akak nak try resepi ni

Reply
avatar
Jari Manis delete January 31, 2018 at 9:43 PM

"kekoh lagi nak memasak" ke KEKOK hihih

Reply
avatar
Jari Manis delete January 31, 2018 at 9:43 PM

nak copy resipi ni la Ekin..x pernah masak ayam percik

Reply
avatar
Cik Ash delete January 31, 2018 at 11:56 PM

Hom sedap gu lawan kita makan bertambah2

Reply
avatar
Cik Ash delete January 31, 2018 at 11:56 PM

Yor la kut kak el.. Ekin ingat resepi ma n mok ajar hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 31, 2018 at 11:58 PM

Memey sedap menjilat jari ni

Reply
avatar
Cik Ash delete January 31, 2018 at 11:59 PM

Akak kalau nak buat banyak lebihkan bawang tu ekin ni buay untuk 3 org makan jer

Reply
avatar
Cik Ash delete February 1, 2018 at 7:27 AM

hahahahhaha sis JM ni nampak jer typo ekin

Reply
avatar
Cik Ash delete February 1, 2018 at 7:28 AM

copy jer kak.. tapi resepi ni untuk 3 org makan jer hihihihi

Reply
avatar
Abe Jaq delete February 1, 2018 at 8:35 AM

Kalau bulan puasa ni, confirm meletup...huhu

Reply
avatar
Cik Ash delete February 1, 2018 at 1:18 PM

Tu la pasal hihihi.. Tunggu nanti bulan puasa ada yang mencari nanti..

Reply
avatar
cikyan delete February 2, 2018 at 8:02 AM

alamak sedapnya...cikyan suka ayam percik ! lama tak buat...

Reply
avatar
Unknown delete February 13, 2018 at 9:58 AM

husban suke percik kelantan tauu...
yang lemak2 ni
lain kali boleh la try resepi kak ekin

Reply
Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com