TICKER

Tuesday, January 23, 2018

Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari

Cendawan Enoki Goreng Tepung Viral | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. 


Baru-baru ini Cik Ash la beli cendawan enoki tu, saja-saja terliur tengok ada orang share goreng celup tepung hahahaha, nampak menyelerakan makan dengan sos cili pulak.cik ash guna jer bahan-bahan yang ada dekat dapur tu. 

Cik Ash try buat pada 11 januari aritu ada la share dekat instagram dan facebook hihihihi, dekat blog jer lambat sikit nak update biasa la mood kelaut lambat la sikit kan.. 

Cendawan Enoki celup tepung memang best sangat tak payah makan lauk lain dah hanya cendawan itu saja jer. jom la usha barang-barang nak buat cendawan macam dalam gambar kat atas tu. 

Resepi Cendawan Enoki Celup Tepung Bestari

Bahan-bahan 
2 paket cendawan enoki
Tepung Bestari 

Cara membuatnya 
 1. Potong akar  cendawan danleraikan sikit-sikit, lepas tu basuh dengan bersih dan toskannya. 
2. 2 sudu tepung bestari letak air buat bancuhan macam nak goreng pisang tu.. 
3. Selepas itu gaul la cendawan semua bahagian bersalut dengan tepung. 
4. Angkat cendawan celup dalam tepung bestari yang kering gaul-gaul bagi bersalut semua. 
5.Bila dah bersalut semua boleh la di goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. 
6. Angkat dan toskan minyak siap boleh dihidang dengan nasi panas ataupun makan dengan sos cili jer.. 

Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsi resepi Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari hanya guna 2 bahan jer pun sangat sedap dan menyelerakan sungguh hahahahaha.. 

8 comments: