Friday, January 5, 2018

author photo
Resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 

peria katak goreng telur

Baru-baru Cik Ash pergi shopping lauk pauk dekat pasar pagi dekat padang serai nuh, alang-alang pergi sana suami bab peria memang dia suka siap suruh beli peria katak, bendi la, segala jenis sayur dia suruh ambik hihihihi... suka Cik Ash apabila suami dah berjinak-jinak nak makan sayur pahit-pahit ni. Siapa kat sini suka makan peria katak? Rasa Cik Ash tak ramai yang sanggup makan peria katak ni sebabnya ia dikategorikan pahit macam ubat hihihihi.. Jom la usha resepi yang Cik Ash masak Peria Katak Goreng Telur Hancur ni dekat bawah 

Resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur 

Bahan-bahan 
3 batang peria
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih 
1 biji lada besar 
Ikan bilis sedikit 
garam
secukup rasa 
serbuk kunyit 

Cara Membuatnya :- 
1. Potong peria nipis-nipis, kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
2. Tumbuk bawang besar dan bawang putih selepas itu tumis bawang itu bersama dengan ikan bilis sampai garing, kemudian masukkan lada besar yang dikisar dan serbuk kunyit nak bagi nampak kekuningan sikit.
3. Tumis sampai masak. Kemudian masukkan peria katak tu selepas itu pecahkan telur.
4. Kacau bagi sekata dan masukkan bahan perasa , Dah cukup rasa dan masak boleh la diangkat dan dihidang dengan nasi panas-panas tak makan lauk lain pun tak pe taw.  


Apa yang Cik Ash taw mengenai Peria katak ianya sangat rendah kalori tetapi padat dengan nutrien yang sangat berharga. Ia adalah sumber terbaik vitamin B1,B2, dan B3, C, magnesium, Folat, Zink, Fosforus,mangan, dan mempunyai serat makanan yang tinggi. Ia juga kaya dengan zat besi, mengandungi dua kali ganda betakarotena brokoli, dua kali ganda kalsium bayam, dan dua kali ganda kalium pisang.

Peria juga mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Oleh itu ianya amat baik untuk kesihatan bagi menghindarkan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain. Memang khasiat peria katak banyak sangat. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi resepi Peria Katak Goreng Telur Hancur. selamat mencuba resepi yang cik ash buat ni.. memang simple sangat..

This post have 26 komentar

avatar
cikyan delete January 5, 2018 at 2:02 PM

tak suka mkn peria. tp yg versi ni, nmpk mcm sedap.. hihi

Reply
avatar
Cik Lily Putih delete January 5, 2018 at 3:57 PM

tak pernah masak ni, boleh cuba...

Reply
avatar
Anum Abdullah delete January 5, 2018 at 9:25 PM

tengok gambar macam mau jak aku jilat screen lappy...haha..sedap nih bila di tengok..

Reply
avatar
ray delete January 5, 2018 at 11:27 PM

the word katak scares meeeee

Reply
avatar
Mas FVOME delete January 6, 2018 at 10:30 AM

kawan minat mkn nie..hehe..sy x brapa

Reply
avatar
Cik kaella delete January 6, 2018 at 11:13 AM

Dulu masa mula2 makan pahitnya rasa, tapi dah makin lama makin suka pula makan peria ni hehe

Reply
avatar
Zaza Iman delete January 6, 2018 at 8:22 PM

Sedap ni kak.. Walaupun tak gemar sgt tapi kalau masak mmg makan gak..

Reply
avatar
el delete January 6, 2018 at 8:27 PM

Mmg sedap peria masak gini..bleh mkn bertambah2 haha

Reply
avatar
Eintan Nurfuzie delete January 6, 2018 at 9:00 PM

Cik en lg suka pahit.. lg pahit lg bgussss.. ahhaha

Reply
avatar
Tengkubutang delete January 6, 2018 at 11:50 PM

TB memang suka makan ni masa mengandung tahun lepas.. dengan peria goreng sekali.. dua2 ni faberettt.. heee.. leh la try resepi ni nanti

Reply
avatar
iuzira delete January 7, 2018 at 2:31 AM

Hihi, tak pernah lagi mkn buat telur goreng kalau campur udang sedap tak rasa pahit sngt

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete January 9, 2018 at 11:22 PM

Nampak sedap .. tapi peria dengan tekak ccl tak dapat nak telan

Reply
avatar
Cik Ash delete January 15, 2018 at 1:14 AM

Akak xminat gak sebelum loni jadi minat

Reply
avatar
Cik Ash delete January 15, 2018 at 1:15 AM

Kan memula mkn memang rasa pahit bila dah mkn x pahit dah

Reply
avatar
Cik Ash delete January 15, 2018 at 1:19 AM

Betul2 tu memang bertambah la nasi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 15, 2018 at 1:21 AM

Memang betul tu makan bertambah la

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post