Tuesday, February 20, 2018

author photo
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Assalamualaikum, Hai semua Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 




Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.



AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.




Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.




Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:






TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.




TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


This post have 19 komentar

avatar
Cik Nor delete February 20, 2018 at 9:32 AM

wah..bagusnya Aiken..ada tisu basah sendiri..:)

Reply
avatar
mek yunie delete February 20, 2018 at 9:42 AM

elok sangat ni untuk mek yang ada anak kecik.
sanitize lepas diaorang pegang pegang and makan

Reply
avatar
dear anies delete February 20, 2018 at 4:02 PM

yg ada anak kecik mesti akan rembat punya laa produk ni 1 ;-)

Reply
avatar
iam.umifuzy delete February 20, 2018 at 10:06 PM

Aiken ni mmg brand yg sgt dikenali...mmg bagus dh ada tisu lembab ni dr Aiken

Reply
avatar
Murni Alysa delete February 21, 2018 at 8:56 AM

memang best wet tissue ni. Akak memang guna untuk bersihkan walker & kerusi makan zulaikha..

Reply
avatar
Sheila Adziz delete February 21, 2018 at 12:42 PM

nice sharing... nak cuba la, bgs sgt tuk anak kecil akk tu

Reply
avatar
Sha Mohamed delete February 21, 2018 at 2:10 PM

Suka tisu ini.. mudah nak dibawa dan banyak kegunaanya..

Reply
avatar
Ciktie delete February 21, 2018 at 10:45 PM

Ciktie suka tisu basah camni. Mudah nak bawa kemana-mana

Reply
avatar
Suria Amanda delete February 23, 2018 at 2:16 PM

Tisu basah perlu ada dalam handbag, kadang toilet takde tisu kan...seeloknya standby..

Reply
avatar
Ms Sham delete February 23, 2018 at 2:52 PM

Tak tau pula aiken ade wet wipes

Reply
avatar
cindyrina delete February 23, 2018 at 3:32 PM

Aiken ni jenama terkenal kalau nak anti bakteria. Tak tau pulak dia dah buat wet tissue. Boleh ar try nanti.

Reply
avatar
Khir Khalid delete February 23, 2018 at 5:27 PM

Bagus ada tisu ni utk dibawa ke mana2.. kdg2 muka berminyak tp tak elok klu kesat dgn tisu biasa yg kering tu. Klu nak basuh muka selalu pun susah. Rasa fresh je klu lap dgn tisu ni :)

Reply
avatar
Emily delete February 23, 2018 at 7:43 PM

I always have tisu basah with me. I use various brands and don't have a favourite. Next time can try Aiken.

Reply
avatar
Rawlins GLAM delete February 23, 2018 at 8:48 PM

Rawlins adalah seorang yang wahab memiliki tisi lembap setiap kali keluar rumah. Now dah tau Aiken pun ada tisu lumbar and harganya pun menarik, boleh la try next time

Reply
avatar
Tengkubutang delete February 23, 2018 at 9:20 PM

sejak ada baby ni.. TB mesti bawa ni kalau ke mana-mana untuk lap-lap tempat duduk sebeblum bagi baby duduk sebab kita tak nampak kotoran dekat alat-alat atau tempat kita nak duduk tu kan.. bagi sangat tisu ni..

Reply
avatar
Qeela delete February 24, 2018 at 1:07 AM

memang senang kan ada wipes macam ni, especially jenis comel muat dlm handbag hehe..nice sharing 👍🏿😊

Reply
avatar
MaisarahSidi delete February 24, 2018 at 2:00 AM

elok bawa tisu ni pergi ke mana saja. sekurang-kurangnya ada juga perlindungan untuk kita walaupun dengan menggunakan tisu antibakteria ni.

www.maisarahsidi.com

Reply
avatar
dr-Life delete February 26, 2018 at 12:33 PM

When I was young, I always use this brand product and now they have wet tissue. I really love wet tissue as it make my life so easy when I can't find any tap water for hand wash...

Racheal

Reply
avatar
adianiez AIDA delete March 6, 2018 at 9:42 AM

meskipun izzat da free diaper, aida masih maintain beli wet tissue.
dulu beli yg mahal. sebab utk anak2 kan.
now beli yg murah aje ekin. tapi still berkualiti la.
spare dlm kereta. utk travel, anak-anak kekadang makan-makan, selekeh!
spare jugak yg kecik dlm handbag.
and kat rumah wajib ada.
memudahkan la wet tissue ni.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post