Gulai Lemak Kuning Ikan Talang | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Terima kasih kepada korang sudi komen di entri yang lalu. Hari ini Cik Ash akan kongsikan masakan daripada #dapurcikash
Hari ini baru sempat Cik Ash nak sharing pasal resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang, hihihihi, sebelum ni cik ash ada share dekat facebook dan instagram.
Masak Gulai lemak kuning ni Cik Ash buat lebih kurang sama dengan resepi Gulai Nasi Berlauk Kelantan ni, Cuma tambah ikan talang jer tak payah masuk garam dah sebab ikan talang tu dah masin nanti air ikan akan turun. Tapi tak pe demi anda semua Cik Ash share juga resepi Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang dekat bawah ni jom tengok resepinya.
Resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang
Bahan-Bahan
Ikan Talang
2 biji bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 asam keping
serbuk perasa
Santan (Cik Ash beli RM2)
secubit gula
Cara Membuatnya :-
1. Rendam Ikan Talang bagi kurangkan masin sikit, lepas tu toskan air.
2. Untuk kuah pulak kisar bawang besar, lengkuas, kunyit hidup sampai lumat.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berserta dengan santan tu, masukkan air secukupnya, masak dengan api yang perlahan sambil itu selalu di kacau gulai itu tak nak bagi santan berketul-ketul.
4. Bila gulai dah mendidih boleh la masukkan ikan talang dengan asam keping,lepas tu kacau lagi tak nak bagi santan berketul.
5. Selepas itu sesuaikan rasa,masukkan serbuk perasa sedikit, gulai ini nak kena ada rasa masin dan sedikit manis dan masin tu sebab air ikan dah turun.
6. Masak bagi mendidih lagi,bila dah rasa semua dah ok boleh la tutup api tu.
7. Hidangkan dengan nasi putih dengan solok lada pulak..
Ok la itu jer yang Cik Ash nak share Gulai Lemak Kuning Ikan Talang yang Cik Ash masak untuk suami dan ibu mentua, lauk ni dimakan dengan solok lada yang Cik Ash buat kakak suami Cik Ash bagi. hihihi.. resepi solok lada nanti Cik Ash share nak guna yang Resepi Solok Lada Kak Ipar Cik Ash pun boleh jer . Sama jer cara cuma Cik Ash letak sebiji telur dalam inti solok tu. Selamat Mecuba resepi daripada #dapurcikash.
This post have 24 komentar
sedap ni... boleh masak nanti...
Replysdap ter..:)
Replyboleh copyright ni.
Replyhahahahha
Sedapnya.. nanti boleh prepare dan masak gulai ni..
Replywah baru tau if masak ikan talang ni xperlu letak garam ye..tak pernah mkn lg ikan ni nnt bolehla try hehe 😁
ReplyBaru tadi tengok blog Suria Amanda masak lemak udang dan peria. Kot singgah sini masak lemak kuning ikan talang pulak dah....mak ai..tak tahan wei...mau makan ni jugaK.
Replyni kalau dapat ni tak yah makan dengan lauk lain. sedap dah makan berpinggan-pinggan.
ReplyTerus teringat masakan mak kat kampung sobss .. sedapnyaa
Replysedapnya
Replylapr pulak tengok gambar tu.. petang-petang macam ni mula fikir nak masak apa utnuk malam nanti.. ni tengok gambar ni datang lah idea.. thank you.. heheh
ReplyWaalaikumussalam cik ash. Alhamdulillah sihat :D Sedapnyaaa kalau ada nenas slurrrppp hehe
Replyi still never cook lemak style food yet and definitely i want to try this at home. Thanks for sharing this
ReplyRacheal
W'salam Cik Ash..
ReplyGulai ikan talang ni one of my favourite dish tau..
Sedap dimakan dengan nasi panas & sambal belacan, yummy!
ikan talang lagu mano eh haa.. adui ike kering cencaru kenal .. sedapnya ..lamo doh x make gulai ikan kering
Replywah
Replycantik warna gulai lemak tu
mesti sedap nih
sedapnyaa cikash..
ReplyYummy...yummy...Sedapnya.
Replysedapnya...yummy..yummy.
ReplyThanks for sharing another yummy tips ni!! I love to try this one day =)
ReplyThanks for the recipe! I gonna share this to my bf haha. I dont know how to cook.
ReplyAm having my lunch right now and this is making me terliur lah. Thanks for sharing the recipe. Would love to try it one day.
ReplyLooks yummylicious! I need more rice for this!
Replyaida minat solok lada :)
Replykalau beli nasi kerabu, sure tak lupa minta solok lada lebih 1.
Boleh la cuba nanti..tapi ikan talang tu yang ikan masin ke ikan fresh...
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon