Wednesday, March 21, 2018

author photo
Drama Monalisa Adaptasi Korea | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar, Cik Ash semuanya berada dalam sihat walafiat. 


Hari ini Cik Ash nak sharing satu drama yang sedang keudara di astro prima yang mengantikan Syurga Yang Kedua iaitu Monalisa drama adapitasi korea 'Two Women's Room' . Nampak macam menarik jer bila tengok iklan drama ni. 

Antara pelakon yang terajui drama Monalisa ini ialah Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman dan Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud dan Fatin Nur Afifah. Drama ini merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin. Drama ini mempunyai 80 episod menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima dan Maya HD. Terbitan syarikat Radius One Production.

Sinopsis Drama Monalisa

Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya menyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. 
Disaat Melissa ditimpa kesusahan Adam membantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

Bila baca sinopsis dekat atas nampak macam menarik drama Monalisa ni, kalau tak silap Cik Ash tengok versi korea drama ni best ya. harap drama versi malaysia boleh setanding dengan versi korea. hihihihi. 

Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua pasal drama monalisa jer pun. Jumpa lagi nanti di entri yang lain lagi ya.

This post have 6 komentar

avatar
Cik Nor delete March 21, 2018 at 1:07 PM

wow..best ni..:)

Ekin tajuk tu mcm salah eja..adaptasi kan?hehe

Reply
avatar
Nieyla Nadia delete March 21, 2018 at 2:37 PM

baca sinopsis mcm best je drama ni..

Reply
avatar
Mrs Pip delete March 21, 2018 at 4:38 PM

boleh tahan juga byk episod drama ni, 80 episod eh....

Reply
avatar
Cik Ash delete March 22, 2018 at 11:23 AM

tq cik nor bagitaw dah edit hahahahha.. biasa la taip dalam gelap hahahha

Reply
avatar
Cik Ash delete March 22, 2018 at 11:23 AM

best juga tapi slow sikit hihihihi.. awal2 ni kan..

Reply
avatar
Cik Ash delete March 22, 2018 at 12:52 PM

tu la banyak sangat hahahha xtaw macam ner nanti

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post