Monday, April 30, 2018

Anak Artis Yang Baru Lahir

Anak Artis Yang Baru Lahir | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa  khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat.

Anak Artis Yang Baru Lahir 


Cik Ash selalu intai-intai instagram artis nampak ramai artis yang selamat melahirkan baby, Tahniah Cik Ash ucapkan kepada semua artis yang telah melahirkan baby yang sangat comel. Bila la  Cik Ash dapat timang anak sendiri semoga dirinya sabar dan tabah macam Datuk Sri Siti Nurhaliza Dan Adam Corrie lama menunggu Allah kurniakan zuriat, insyaAllah suatu hari akan tiba diriku untuk menjadi Ummi ... Berangan dah Cik Ash nak suruh anak panggil Ummi.. hahahha...Tenang jer tengok baby geram dan peluk anak artis-artis ni hahaha..

Antaranya artis-artis telah selamat melahirkan baby seperti dibawah kredit instagram artis yang Cik Ash nak sharekan di bawah ini.

Kredit Instagram  Nora Danish

Kredit Gambar IG CDTK




Kredit gambar IG LindaOnn

Kredit IG Zizie Izette

Anak FizoMawar
Anak Jihan Muse

Sunday, April 29, 2018

Dapat Hadiah Daripada Korea

Dapat Hadiah Daripada Korea | Assalamualaikum... Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.


Teruja sangat dapat hadiah daripada korea pemberian oleh sepupu suami Cik Ash. Hadiah yang bagi dekat Cik Ash Mask muka, Fridget Magnet, manakala dekat ibu mentua Cik Ash dapat sepasang baju t-shirt. 

Fidget magnet dah lekat dekat peti ais tambah koleksi letak dekat peti ais hahaha, semua magnet dekat peti ais kebanyakan hadiah daripada sahabat-sahabat blogger yang bagi hihihi.. sejak guna peti baru ni rasmi la segala magnet tu.



Terima kasih kepada sepupu suami yang bagi hadiah mask muka dekat Cik Ash boleh bermask muka lepas ni, pertama kali guna mask muka jenama the face shop ni, nanti Cik Ash dah guna review insyaAllah.

Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu ya..jumpa lagi nanti nak pergi sambung buat kerja rumah pulak rutin harian surirumahtangga begitu la ya. hihihi

Friday, April 27, 2018

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis! Sekarang dan ramai yang berniaga untuk mencari pendapatan, tapi ramai tak semuanya berjaya dan bertahan lama. Ada tu sampai gulung tikar disebabkan tiada kesungguhan dan ilmu dalam perniagaan yang mereke ceburi. Berniaga ni sebenarnya perlu ada minat dan kesungguhan. Ilmu untuk berniaga perlu dicari seawal apabila kita memulakan bisnes dan pengalaman itu dijadikan sebagai bekalan meneruskan perniagaan.


Apa yang dilakukan oleh wanita ini ialah beliau telah memceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, beliau masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Disitu bermula minat untuk menjual tudung dengan secara suka-suka sahaja. Beliau hanya memjual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung daripada beliau, Maklumlah, tudung yang beliau jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan yang masih bergelar student. Tudung yang beliau jual itu, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebakan permintaan yang semakin hangat! Maka, beliau bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ni dengan lebih serius lagi.

Beliau adalah seorang yang bergelar pelajar ketika itu, beliau tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, beliau terpaksa gunakan sebahagian duit PTPTN yang beliau terima, sebagai modal untuk beliau membeli stok!

Alhamdulilah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600 beliau telah berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu beliau masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata beliau dan beliau nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung? Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!
Sebelum anda bermula berniaga. Anda perlu ada ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan yang bakal kita ceburi berdasarkan minat anda. So kalau anda berminat nak berniaga tudung secara online. Elok la sangat anda dapatkan beberapa panduan ini sebelum memulakan perniagaan. Panduan tersebut  boleh didapatkan pada pautan ini >> Rahsia Bisnes Tudung ataupun klik banner di bawah ini



Thursday, April 26, 2018

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.

IMG_20180425_115305

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.

IMG_20180425_113549
IMG_20180425_113736
IMG_20180425_113701
IMG_20180425_113625
IMG-20180425-WA0036
Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, ketua sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pengawai Negeri Terengganu, Tuan Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pengawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 


31357697_10215913210452695_4770284587844632576_n
31301854_2093626130654358_6870056857197608960_n
 Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM


Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. 

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasilti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 
IMG_20180425_113957
Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
IMG_20180425_115701

Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. 

Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru-baru ini. Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.  

Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi. 
Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat. 

IMG_20180425_115132

Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara  untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my

5

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

Wednesday, April 25, 2018

Wordless Wenesday #106 | Diy Kotak Serbaguna

Wordless Wenesday #106 | Diy Kotak Serbaguna | Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Semoga ceria selalu.

Hari saja-saja santai nak kongsi hasil kerja spontan Cik Ash buat kotak tempat simpan buku-buku guna kotak yang banyak kat rumah ni.. hahaha dan hasilnya tengok dekat bawah ni.. main agak-agak ukuran tu  tengok contoh dekat google buat jer...




Ok la out dulu entri ringkas jer namanya hari rabu kan..

Tuesday, April 24, 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest

Lazada Birthday Festival Blogger Contest | Assalamualaikum... Hai korang puas duk saja sebenarnya ni Cik Ash ambik peluang join Contest dari Lazada ni. Kut-kut manalah tahu ada tuah rezeki Cik Ash menang lagi kan..Cik Ash pernah menang contest lazada tahun-tahun lepas dapat kamera fujifilm dan voucher aritu. 


Lazada sedang melancarkan  "The Birthday Festival Sale" ( https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ ) bermula 25 hingga 27 April 2018 di mana korang boleh menikmati lebih dari 1000 flash deals, diskaun sehingga 90% atas pembelian pelbagai jenama dan produk, eksklusif vaucher dan pelbagai lagi! Hadiah yang ditawarkan best taw, rugi siapa tak join contest ni. Sebelum Cik Ash bagitahu cara-cara untuk sertai contest ni, Cik Ash nak bagitahu contest ni bersempena Lazada Birthday Festival yang ke 6th.

Untuk menyertai contest ni, ada 4 soalan yang blogger mesti jawab! Jom Cik Ash tunjukkan dengan korang apa yang akan Cik Ash lakukan sekiranya peluang menjadi party planner untuk Lazada's 6th Birthday Party.
1. Which location would you pick for Lazada's birthday party?

Lokasi yang Cik Ash pilih adalah sebuah taman yang luas di hiasai dengan deco-deco yang menarik. Memandangkan , sambutan harijadi setahun sekali tak salah sesekali lari daripada kesibukan kerja seharian tu. Taman pun menarik dan tenang Cik Ash tengok. Taman


2. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.

Untuk pemilihan tema party ialah ' Party In The Garden' Untuk membuat party di dalam taman, Cik Ash duk bayangkan akan penuh belon atas padang yang luas, dengan ada hiasan pemandangan yang hijau dan bunga-bunga warna warni yang cantik. Antara props yang mesti ada untuk dekorasi birthday party lazada ini ialah :-

Pintu Gerbang Masuk

Ballon
props
di lazada ada pelbagai pilihan party goodies untuk kita pilih macam-macam ada. 
 
3. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it?

Kek
Terdapat pelbagai rangkaian produk dan jenama di Lazada yang boleh membantu Cik Ash untuk menyediakan kek bersempena Lazada birthday party ini. Antaranya adalah :

basic cake

alphabet
deco bunga 

4. Time to shine, pick your outfit on Lazada!
Baju yang sesuai

 
selipar yang sesuai

tudung yang sesuai

Ok tak pemilihan Cik Ash untuk handle party birthday lazada ni.. hahahha.. So apa lagi jom la korang join contest ni.. Jom reramai memeriakan lagi Lazada Birthday Festival Blogger Contest! ni..

Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Hari ini Cik Ash terlewat update entri dekat blog hahaha, terlupa nak taip siap semalam terus schedule untuk publish.


Pada hari ahad lepas Cik Ash ada ambik daum kesum yang Cik Ash tanam dekat belakang rumah, pening nak masak apa dengan daum kesum ni, Mak mentua Cik Ash ada bagi candangan buat asam pedas ayam la,sebelum Cik Ash buat ada tanya Mak mentua makan ke asam pedas ni dia cakap pernah makan masa arwah ayah ada dulu. Nampak dah lama sangat mak mentua dan suami Cik Ash tak makan asam pedas ayam 5 tahun gak. hahaha... Cik Ash memang agak kurang gemar dengan asam pedas tu yang tak pernah buat kat rumah.


So pada hari ahad terlebih rajin buat la asam pedas ayam tu,alhamdulilah hasil percubaan pertama Cik Ash buat asam pedas ayam ni menjadi suami puji sedap siap bertambah-tambah makan nasi. Cik Ash ikut resepi dekat blog Azie Kitchen asam pedas ayam daripada Johor, tu tapi Cik Ash olahkan sendiri untuk 3 orang makan dekat rumah ni. hihihi ikut selera tekak Cik Ash..

Resepi Asam Pedas Ayam
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
6 ketul ayam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun kesum
bunga kantan (tak letak sebab tak ada stock)
Air asam jawa (tak ingat tak hihihi)
Lada hitam (tak letak gak sebab lada kering pedas dah)
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar
2 sudu besar cili kering dikisar
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
belacan (tak letak)

Cara Membuatnya :-
1. Mula-mula kita panaskan minyak. Selepas itu tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Tambahkan perasa garam dan secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas.
6. Siap boleh dihidang dengan nasi putih.

Ok la itu jer cara resepi yang Cik Ash olah so kalau korang nak memcuba resepi yang original blog singgah ke blog sis Azie Kicthen. Jumpa lagi nanti dientri yang lain pulak.


Monday, April 23, 2018

Lagu Ost Drama Mr.Grey

Lagu Ost Drama Mr.Grey | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Selamat Malam rajin update malam ni hahaha..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgghxWkxMIaURO29W12axLCV5oVeunlqO4mKZftyvk2ESrjbFzDxHD6roiq70RsnhapaXUV0Gkx6wS1fBMqCtDkfCRC7TiIoiT9V05hycJLdLAgyin2di_u4N4nJB8MB3a_UpOVWX8zj_6X/s1600/drama-mr-grey-menggantikan-tak-ada-cinta-sepertimu.jpg 

Siapa layan drama #Mr.Grey kita geng hahaha, mungkin ramai yang nak taw antara lagu-lagu yang terdapat dalam drama ini kan, Drama ini memang happening watak heroin yang mulut potpet potpet tu, manakala watak hero di pegang oleh Fendy pun memang  terbaik. Nampak serasi jer berdua ni hahaha. 

Antara lagu yang tersenarai di dalam drama #Mr.Grey ialah boleh tengok dekat bawah ni Cik Ash nak sharing dengan anda semua. Traffik dekat blog drama ini trending. hihihihi. Gigih taw Cik Ash stop cerita ni berkali-kali nak tengok senarai lagu yang ada dalam drama ni ya.. So ni la hasil yang Cik Ash dapat so korang boleh la layan lagu-lagu dekat bawah ni ya.

Lagu Tema


Tajuk Lagu : Luar Biasa
Penyanyi : Ismail Izzani
Terbitan : World Peace Entertaiment
Video : KLIK


Tajuk Lagu : Segala Perasaan
Penyanyi : Dato' Seri Siti Nurhaliza


Tajuk Lagu : Kisah Ku Inginkan
Penyanyi : Dato' Seri Siti Nurhaliza Feat Judika


Tajuk Lagu : Biar Cinta
Penyanyi : Syamel
Video : KLIK


Tajuk Lagu : Hikayat Seorang Pencinta
Penyanyi : Qalam Band


Ok la itu jer senarai lagu yang Cik Ash cari dalam drama MR.Grey ni. Drama trending paling tinggi dekat blog sekarang.. hihihihi..


#dramaadaptasinovel
#mrgery
#cikashdotcom

Sunday, April 22, 2018

7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018

7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini Cik Ash ada nak kongsikan dengan korang semua Lifestyle Blogger Pilihan 2018.



Cik Ash mula buat blog sekitar tahun 2010 lama sangat tu kan masa tu nama blog yang cik ash masih ingat syasyaekin, selepas dapat anak saudara yang pertama tercetus nama Cik Ash dekat blog ni.. Nama Cik Ash sebenarnya nama panggilan anak saudara dekat Cik Ash. Hihihi.. Blog Cik Ash banyak kongsi tentang resepi,isu semasa, review, tip dan kisah pedoman.. Eh terlebih duk cerita pasal Cik Ash pulak kan. Tahun 2014 baru la Cik Ash aktif blogging selepas jadi isteri.. hahaha

Cik Ash sebenarnya nak share Lifestyle blogger pilihan untuk tahun 2018 ni, kalau ikut ramai yang Cik Ash nak senaraikan untuk lifesytle blogger ni tapi buat masa ni Cik Ash senarai 9 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 dahulu ya. Antara mereka yang bertuah tersenarai ialah seperti di bawah :-

1. Zaza Iman


http://www.zazaiman.com

Pemilik blog zaza iman ni menetap di pahang, seorang blogger yang aktif menulis tentang Tip untuk menjana pendapatan dengan blog, beliau juga seorang beuaty blogger yang aktif review pelbagai produk cosmestic, bukan itu sahaja blog beliau juga ada selitkan food review. So yang mana belum mengenali Zaza Iman blog singgah blog beliau. Zaza satu geng dengan Cik Ash sukakan kucing selalu sharing pasal kucing dekat facebook.



Pemilik Blog TengkuButang ni seorang mama kepada harraz yang comel hihihi, Nama TengkuButang adalah nama haiwan kesayangan beliau iaitu Kucing, Blog beliau ada sharing tentang hal peribadi, review macam-macam produk,turut kongsikan tips untuk cantik dan sihat, tak lupa beliau turut selitkan setiap resepi di blog antara resepi dekat blog TB yang paling menarik minat Cik Ash nak cuba nanti adalah Resepi Daging Kunyit. So kepada yang belum mengenali beliau boleh la singgah dekat blog TB. TB juga satu geng Cik Ash minat kucing.

3.Syamimi Saad
 
Pemilik blog Syamimi Saad ni merupakan seorang ibu kepada dua anak, Mimi banyak sharing Resepi,tambah pendapatan,ada juga diselitkan tips rumah tangga dan slot review di blog beliau. Resepi yang paling Cik Ash suka sambal petai tu hahaha sebab ianya adalah febret suami. So kepada yang belum mengenali beliau boleh singgah blog Syamimi ya. 

4. Wawa Ashiharaa



Pemiik blog Wawa Ashiharaa ni merupakan blogger yang aktif di sekitar johor baharu, seorang freenlance makeup, beliau merupakan blogger beauty dan suka buat video live pelbagai tutorial tentang mekap up dan produk yang beliau review. Suka tengok wawa mekap up teringin nak mekap up gak hahaha tapi tak pandai la. So yang mana berminat nak guna khidmat untuk mekap up dan review boleh la singgah ke blog Wawa Ashiharaa ni.

5. CahayaPermata



Pertama kali Cik Ash masuk blog CahayaPermata ni suka tengok header dia comel sangat ada warna warni pelangi hihihi, Nama pemilik blog CahayaPermata ialah NurAlja, Beliau merupakan seorang blogger separuh masa yang banyak kongsikan berkenaan dengan beauty blogger, lifesytle, tips yang menarik yang boleh kita buat rujukan, tutorial untuk blog pun beliau ada selitkan juga. NurAlja pun seorang bloggerkakimakan sebab Cik Ash usha dekat blog beliau ada sharing pasal food hihihi..kita geng kakimakan gak ni..

6. www.iuzira.com



Pemilik Blog iuzira ni adalah seorang blogger lifestyle yang memang aktif disekitar Kuala Lumpur. Nama beliau ialah Hazirah Shah, Cik Ash selalu singgah blog beliau tapi jarang sangat tinggal jejak hihihi, di dalam blog beliau banyak kongsikan tentang review, motivasi, tips dan event. Beliau juga merupakan agent Tisu Imaan so kalau korang yang nak mencari produk Imaan tu boleh la hubungi Hazirah ya.

7. Diana Rashid



Sebenarnya blog kak Diana dah lama Cik Ash follow cuma jarang sangat nak tinggal jejak hihihi, jadi slient reader selalu singgah blog beliau baca pasal-pasal info yang semasa yang di kongsi dalam blog kak diana ni, turut juga diselitkan pasal kekeluargaan, resepi, review, kecantikan, fesyen, kesihatan dan panduan yang boleh kita rujuk. Cik Ash selalu follow facebook kak diana selalu share kisah anak-anak beliau kadang status kak diana buat Cik Ash duk gelak sorang-sorang depan laptop ni. So yang mana belum mengenali Diana Rashid boleh singgah ke blog beliau ya. Kak diana pun ada pelihara kucing gak nama korea hihihi.

Ok la korang semua ni jer dulu senarai Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang Cik Ash senaraikan di atas, so kepada sesiapa yang berminat nak memcari blogger untuk membuat produk review, boleh la contact mereka di atas tu sebab kesemua yang tersenarai ada buat servis review juga. Jumpa lagi dientri yang lain nanti.