Monday, April 16, 2018

author photo
KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.



Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.




Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.




Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 




Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).


#carriejuniorfuntimewipes

This post have 19 komentar

avatar
Cik Nor delete April 16, 2018 at 9:16 AM

wah..bagusnya..kna bawak tisu basah g mana2 snang kerja kalau xde air..:)

Reply
avatar
Felicia Grace delete April 16, 2018 at 11:34 AM

Dah lama jugak tak dengar Carrie Junior ada apa2 barang baru. Ni nampak senang je nk bawa keluar mana2.

Reply
avatar
Wawa Ashihara delete April 16, 2018 at 12:14 PM

Ehh carrie dh ada wipe la.. Senanglah lps ni kan nk bwk ke mana2..

Reply
avatar
Zaza Iman delete April 16, 2018 at 1:00 PM

Carrie junior ni bau dia mmg zaza love sgt.. Mcm mana la dia dpt hasilkan bau yg bt zaza jatuh cinta hehe..

Ada wipes senang guna.. Kita pun boleh pakai jugak

Reply
avatar
Suria Amanda delete April 16, 2018 at 1:03 PM

Setuju..bila ada pack macam ni bagus untuk ibu2..boleh ajar anak2 asa kebersihan..masukkan satu pek dalam bag sekolah dan pesan kat anak- anak..apa je aktiviti diorang lakukan jangan lupa guna wipes ni...elakkan dari jangkitan kuman kan...zaman sekarang keliling kita dna anak-anak memang tak bersih...

Reply
avatar
iuzira delete April 16, 2018 at 2:19 PM

Lama tak nampak iklan carry junior dekat TV ke zira yg tak prasan. Comel wet tisu

Reply
avatar
Cik Renex delete April 16, 2018 at 2:20 PM

Packaging dia comel sangat. kena cari ni . 😊

Reply
avatar
el delete April 16, 2018 at 2:42 PM

Suka sgt tupperware de carrie jr ni..comel sgt

Wipes dia pun best..

Reply
avatar
sis gee delete April 16, 2018 at 3:15 PM

memang keperluan ni!!Bau dia pun wangi!

Reply
avatar
Emi delete April 16, 2018 at 3:39 PM

Produk baru ke cane ni??

Reply
avatar
Nadia Johari delete April 16, 2018 at 3:49 PM

Cute je bekas dia..ada anak kecik memg ke hukur ke hilir mesti wajib ada tisubasah ni

Reply
avatar
Mimie delete April 16, 2018 at 8:10 PM

Tak sangka carrie junior ada wipes.lepas nih boleh beli untuk anak sbb memang anak anak pakai carrie junior

Reply
avatar
Rawlins GLAM delete April 17, 2018 at 7:45 AM

Alalala. Comelnya Carrie Junior. Dah lama tak nampak jenama ini (ke sebab Rawlins yang tak perasan? hahaha). Boleh la nak share info dengan adik-adik sebab mereka pun sejenis yang mesti ada wipes setiap kali keluar - apatah lagi anak-anak memang jenis comot setiap kali makan kan. Thanks sharing info ye.

Reply
avatar
Qeela delete April 17, 2018 at 1:37 PM

so cute..senang lah nk bwk ke mana2 dgn wipes comel ni kan 😊

Reply
avatar
Syamimi Saad delete April 20, 2018 at 12:12 AM

Carrie junior dah keluarkan produk baru dah. Elok juga ada tisu basah macam ni. Kita memang sentiasa standby dalam bag.

Reply
avatar
Emily delete April 20, 2018 at 5:35 PM

What a friendly pricing even for the large pack. I need large ones cos I just use so many, especially when travelling.

Reply
avatar
Blair Villanueva delete April 23, 2018 at 10:57 AM

Am a huge fan of baby wipes and i prefer to bring it during my trips. It helps me to freshen up and wipe something with ease.

Reply
avatar
adianiez AIDA delete April 24, 2018 at 9:18 AM

Wipes ni wajib ada dlm handbag, kereta.
Maklum la. Anak bertiga surely makan2 comot2.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post