TICKER

Thursday, April 26, 2018

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.
IMG_20180425_115305

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.

IMG_20180425_113549
IMG_20180425_113736
IMG_20180425_113701
IMG_20180425_113625
IMG-20180425-WA0036
Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, ketua sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pengawai Negeri Terengganu, Tuan Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pengawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 


31357697_10215913210452695_4770284587844632576_n
31301854_2093626130654358_6870056857197608960_n
 Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM


Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. 

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasilti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 
IMG_20180425_113957
Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
IMG_20180425_115701

Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. 

Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru-baru ini. Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.  

Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi. 
Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat. 

IMG_20180425_115132

Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara  untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my

5

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

2 comments:

  1. bagus inisiatif LHDN turun padang jumpa orang awam, dapat sebarkan banyak pendedahan tentang LHDN

    ReplyDelete
  2. Bagus inisiatif ni. Bawa manfaat 😊

    ReplyDelete