TICKER

Sunday, April 15, 2018

Resepi Telur Dadar Pucuk Ketereh Ataupun Gajus

Resepi Telur Dadar Pucuk Ketereh Ataupun Gajus  | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Hari khamis aritu pening nak masak apa untuk dinner malam untuk suami Cik Ash , fikir punya fikir goreng ikan rebus, telur dadar pucuk tere dan tumis sayur sawi. Kiranya resepi telur dadar pucuk tere ataupun gajus ni tak ada orang buat pun lagi Cik Ash yang terlebih rajin nak buat..saja-saja nak ubah selera kan.

Pelik kan tak ada dibuat orang pun dengan pucuk ketereh ni letak dalam telur, cubaan Cik Ash buat telur dadar ni memang terbaik la,suami dan mak mentua Cik Ash bagitaw telur itu rasa lemak-lemak gitu tak payah lauk lain dah tak pe. Cik Ash sendiri memang ambik rasa gak sikit memang ada rasa kelainan letak pucuk ketereh ni sedap kalau ikut hati nak bertambah jer hahahaha. Jom tengok resepinya dekat bawah ini :-

Resepi Telur Dadar Pucuk Ketereh Ataupun Gajus 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
2 biji telur
Pucuk ketereh (hiris halus2)
1 labu bawag besar
1 sudu kfc serbuk lada hitam
1 sudu kfb garam

Cara Membuatnya
1. Pecahkan telur , masukkan garam, serbuk lada hitam, bawang besar dan pucuk ketereh.
2. Kacau bagi sebati semua sampai berbuih telur itu.
3. Panaskan minyak dalam kuali, apabila dah panas tuangkan la telur goreng la telur seperti telur dadar yang biasa kita buat tu.
4. Siap di goreng makan dengan nasi panas memang berselera la.

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua resepi daripada #dapurcikash untuk pagi ini. Cik Ash undur diri dulu ya nak siap-siap kan kerja rumah sebab mungkin tengahari nanti Cik Ash nak pergi rombongan mak saudara nak meminang. Doakan dipermudahkan perjalanan Cik Ash ya.

#resepi
#telurdadar
#cikashdotcom

8 comments:

  1. wahhh teroka resepi baru nmpknye cik ash kite... tahniah.. hehe.. nnti leh la akak try resepi ni..

    ReplyDelete
  2. thanks sharing resepi ni cik ash!

    ReplyDelete
  3. Aida x pernah lg buat telur dadar dgn ulam. Good info ni.

    ReplyDelete
  4. Menu yg unik sekali .tq cik ash kongsi resepi .lepas ni boleh pelbagai dalam masakan

    ReplyDelete