Tuesday, May 22, 2018

author photo
Drama Isteri Untuk Diiktiraf | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar selamat petang.. lewat bersiaran hari ni.. hahaha.. baru hari ke 6 puasa ni Cik Ash dah tak larat nak buka blog otak tepu.. hahaha.

 


Siapa kat sini layan drama adaptasi novel nukilan Nurfaza Alisya. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan bersiaran di Slot Widuri TV1 (RTM). Waktu tayangan pada hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam. Drama ini diarahkan oleh pengarah Azman Yahya a.k.a Jinggo dan skrip oleh Rehal Nurharis. 
Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Redza Rosli (Tengku Wlidan), Elvina Mohamad (Safiyya), Janna Nick (Ana Julia), Dayana Roza (Bella), Sheila Rusly (Puan Sri Raja Mona), Arash Mohd (Tan Sri Tengku Hairie), Sheila Rusly (Tengku Salmah), Tengku Zara (Tengku Tania), Sweet Qismina (Tengku Widya), Shah Jazle ( Tengku Wafiw, Azar Azmi ( Haryanti), Roslan Salleh (Tok Aki), Ariff Aziz (Rafiq).

Waktu siaran dia Cik Ash memang tak sempat nak layan la sibuk duk siapkan juadah nak berbuka waktu tu.. So untuk tidak ketinggalan tengok drama ni Cik Ash tengok online di My Klik ataupun dowload aplikasi RTM mobile di telefon korang senang dan mudah.. sambil buat juadah berbuka pun boleh tengok drama ni hahaha.. Jom baca sinopsis dekat bawah ni.

Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf 
Mengisahkan kisah tentang Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernag memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata. 
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang menguasai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya iaitu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri. 

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkan Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu? 

Tak sabar nak taw kisah selajutnya sesama la kita menonton drama ni ya.. hahahha.. Ok la korang Cik Ash out dulu nak pergi siapkan bahan-bahan nak buat juadah berbuka nanti.. Buat awal senang dekat-dekat berbuka boleh relax dah nanti. Nak menonton drama ini boleh ke pauntan RTMKLIK - Isteri Untuk Diiktiraf

#dramabersiriramadan
#isteriuntukdiiktiraf

This post have 2 komentar

avatar
Siti Yang Menaip delete May 22, 2018 at 5:49 PM

tengok sikit je semalam. hehe x berkenan sangat hero tu.. ehehe.. boleh tak gitu =P

Reply
avatar
Farhana Jafri delete June 9, 2018 at 1:05 AM

ada nampak jugak drama ni tapi malas nak tengok sebab janna nick

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post