TICKER

Saturday, May 12, 2018

Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Drama Klik! Pengantin Musim Salju | Assalamualaikum.. Hai korang semua,selamat malam setelah lama menyepikan diri daripada blog Cik Ash  kembali bersiaran update blog dengan info drama terkini dekat blog hihihi..

 

 Drama Klik! Pengantin Musim Salju merupakan karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria bermula 14 Mei 2018 yang diarahkan oleh pengarah Hadith Omar. Drama ini mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut juga membantu dalam drama ini ialah Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama ini mempunyai sebanyak 20 episode.

Tak sabar pulak nak tengok drama ni la sebab gabungan lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana ni setelah 2 tahun berlalu yang menjayakan drama Dia Semanis Honey tu dulu. Suka tengok Alif Satar berlakon hihihi.. Jom la baca sinopsis dekat bawah ni.

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju


Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka? Nantikan Drama ni.. hihihi..

2 comments: