Tuesday, May 15, 2018

author photo
Drama 'Nur' Ramadhan TV3 ( Samarinda)) | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar ni ada nak update drama terbaru yang sedang keudara di TV3 dalam slot Samarinda. 


Drama yang bertajuk 'NUR'  yang menampilkan gandingan hebat Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Dah lama tak tengok Amyra Rosli berlakon selepas dia bersalin aritu kan. Drama ni merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd, hasil sebuah karya Shahrulezad Mohameddin. Menemui anda sepanjang bulan ramadan ni.. 


Turut membantu menjayakan drama ni ialah Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azahan Rani, Raja Atiq,Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin dan Kuna Muzani.

Episode pertama malam ni memang menarik drama ni, teringat pulak drama Nur Kasih dahulu yang sangat popular waktu ketika dahulu. Tak sabar nak tengok episode seterusnya. 


Sinopsis Drama 'Nur' Ramadhan TV3 ( Samarinda)
Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian ini?

Ok la itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua, memang drama ni best sangat.. akhirnya melekat la Cik Ash layan drama dekat tv hahaha sepanjang bulan ramadan nanti. 

#Nur
#dramaramadan
#SlotSamarinda

1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post