TICKER

Tuesday, May 8, 2018

Kari Ikan Tanpa Santan

Kari Ikan Tanpa Santan | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Buat rakan-rakan yang balik kampung minggu mengundi semoga dipermudahkan perjalanan korang ya.
Kari Ikan tanpa santan
Hari ini Cik Ash share pasal masakan daripada #dapurcikash ni semalam masak kari ikan tanpa santan. saja-saja la nak try sebab tak pernah masak kari ikan rumah ni suami tak berapa suka hahaha...apabila cuba sekali buat alamak lain pulak jadi suami terlebih-lebih suka la makan bertambah-tambah nasi. Nampak itu #airtanganisteri memang power hihihi perasan dah Cik Ash. Suami Cik Ash kata dah macam makan nasi kandar line clear hahaha.

Cik Ash ikut resepi dekat plastik rempah kari babas tu hahaha, nampak sangat tak pernah nak masak kari ikan kan.. tapi tak ada ikut tepat pun buat yang mana rasa Cik Ash buat kari ayam jugak la.

Kari Ikan Tanpa Santan ni juga boleh jadikan menu untuk iftar ramadan nanti, sebab lauk ni memang membuka selera ni. Jom Usha resepi dekat bawah ini ya.


Resepi Kari Ikan Tanpa Santan 

Bahan-bahan
4 Ekor Ikan kembung
1 labu bawang besar ( dihiris nipis-nipis)
4 biji bawang putih ( dihiris nipis-nipis)
1 sudu kfc jintan manis
1 sudu kfc jintan putih
1 sudu kfc halba campur
250ml Air
1 paket Rempah kari Babas
1 cawan Air asam jawa
4 biji  kacang bendi
 1 biji tomato
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Tumis bawang besar, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan campur hingga layu.
2. Masukkan rempah kari , tuang sedikit air tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, air asam jawa, ikan, bendi dan tomato masak hingga kuah tu pekat.
4. Tambah perasa garam dan secukup rasa.
5. Siap boleh dihidangkan dengan nasi putih yang panas-panas bertambah-tambah selera ni.

Ok la korang semua itu resepi #dapurcikash yang share dekat blog selamat memcuba ya.. resepi ringkas jer.. Biasa 3 orang jah nak makan dekat rumah ni tak ada nak masak banyak-banyak tak habis gak nanti membazir pulak.

6 comments:

  1. Serius akak akan try ni nanti.. Encik suami suka sangat kari.. Harap menjadi la nanti.. Kalau x menjadi, akak roger awak dik.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. biasanya santan digantikan dgn susu...

    ReplyDelete
  3. Wah nampak sedap ni.my mum suka kari ikan merah

    ReplyDelete
  4. Mak saya panggil kari keling kalau tak letak santan..

    ReplyDelete
  5. Mak saya panggil ni kari keling sebab tak pakai santan. Tapi saya suka kari keling ni sebab mak yang masakkan :P

    ReplyDelete