TICKER

Monday, May 21, 2018

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis | Assalamualaikum...Selamat Petang Semua... Hari ini ambik mood taip resepi dekat blog hahaha... Dah lama tak makan kuih cara manis. Hari ini Cik Ash terlebih rajin buat hihihi..


Acuan dah lama tergantung dekat dinding so hari membuat la Kuih Cara Manis kita.. Cik Ash tengok resepi dekat blog Kak Azie Kitchen. So dekat bawah ni Cik Ash share resepi kredit dekat blog kak azie. Dekat bawah la bentuk acuan yang Cik Ash guna... Masak atas Portable Gas Stove senang buat sambil duduk mudah dan senang Cik Ash di bulan Ramadan  ni hihihi...



Kuih Cara Manis

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan

2 biji telur

3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau

secubit garam



Bahan inti :

Gula secukupnya



Cara cara :



1. Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.



2.  Daun pandan di blander dengan santan, tapis.



3. Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .



4. Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.



5. Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
6.  Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Cik Ash derhaka sikit dekat resepi tak letak santan hihihi.. tapi alhamdulilah jadi juga kuih cara manis. Tak sabar nak makan kuih cara manis berbuka nanti.. Kalau korang nak tengok resepi asal boleh pergi ke blog Kak Azie Kitchen.

Ok la korang semua selamat memcuba resepi ni ya.. jumpa lagi di entri yang lain nanti... 

6 comments:

  1. mudahnyaaaa!kena beli acuan ni..hehe

    ReplyDelete
  2. bentuk dia ala ala kuih bahulu eh, ke kena guna bekas masak kuih bahulu jugak ni ??

    ReplyDelete
  3. Fav kuih ni tapi kat rumah nak buat takde acuan kalau beli pulak tak semua kena selera. Masalah betul hihi

    ReplyDelete
  4. Kuih favourite saya jugak tapi nak buatnya tue, kena termenung lama..hihi

    ReplyDelete
  5. ahaha bila nak buat lagi kak ? meh hantar rumah ceq sket..

    ReplyDelete