TICKER

Thursday, May 24, 2018

KWSP suri rumah: 2% dari gaji suami, RM50 dana kerajaan

 KWSP suri rumah: 2% dari gaji suami, RM50 dana kerajaan | Assalamualaikum... Hai korang semua, selamat petang ya. Cik Ash nak sharing kepada yang bergelar surirumah macam Cik Ash ni ada berita baik ya.. Kerajaan akan buat caruman KWSP untuk surirumah la.. Lama dah tabung KWSP sepi daripada masuk hahaha... rasa dekat 6 tahun dah Cik Ash tak kerja.. hahaha..Alhamdulilah kalau ada rezeki dapat syukur alhamdulilah. Jom tengok petikan penuh daripada bernama di bawah ni.




PUTRAJAYA – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini hari ini.
Dr. Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr. Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu. Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.
Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.
Dalam sidang media itu, Dr. Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya.

– BERNAMA

1 comment:

  1. Alhamdulillah, surirumah tangga dah ada caruman dah

    ReplyDelete