TICKER

Thursday, May 24, 2018

Patahnya Sebelah Sayap 2

Patahnya Sebelah Sayap 2 | Assalamulaikum...Hai korang semua apa khabar, Semoga puasa kita hari ini dipermudahkan kan.. Mesti ramai yang boring blog Cik Ash asyik share resepi kan.. hahaha.. hari ini terlebih rajin update blog nak sharing pasal drama suatu ketika dahulu trending di facebook dan blog Cik Ash kena tempias sampai pageview 1k lebih boleh baca dekat sinopis Patahnya Sebelah Sayap sebelum ni. Dan juga korang boleh baca Blog kena tempias Drama Patahnya Sebelah Sayap.
 Patahnya-Sebelah-Sayap-Option-3-630x891
Untuk musim kedua ni mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan,Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.
Alisha adalah seorang isteri dan ibu yang penyanyang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyurat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya. 
Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk memjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian. 
Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik. 

Itu jer sinopsis drama ini, jangan lupa saksikan musim terbaru Drama Patahnya Sebelah Sayap 2 yang telah bermula siarannya pada 22 Mei 2018, setiap hari selasa dari jam 9.50 hingga 10.00  malam hanya di TV3.
Yang terlepas nak layan drama tengok dekat blog drama online ya. Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu.. Tak berapa sihat sangat kepala sakit panas dalam kut kan,Cik Ash nak pergi rehat dulu.

#dramabersiri
#dramatrending
#patahnyaSebelahSayap2

No comments:

Post a Comment