TICKER

Monday, May 21, 2018

Pertama Kali Buat Nasi Daging Utara

Pertama Kali Buat Nasi Daging Utara | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat la.. Maaf terlambat nak kongsikan menu berbuka Cik Ash pada 18 Mei 2018 Hari kedua berpuasa aritu biasa la nak update ni di bulan puasa tak menyempat hahaha, faham-faham bulan puasa tak larat dah hihihi.. pukul 11.00 malam dah pengsan.. Pukul 4 pagi dah bangun nak masak lauk sahur.


Berbalik pada yang Cik Ash nak bagitaw sebenarnya pada hari jumaat tu suami Cik Ash dah tak kerja kiranya cuti la ya, sebelah pagi tu kami pergi cari lauk untuk seminggu. Dalam perjalanan tanya la suami nak makan nasi kerabu tak suami jawab ikut jer nak buat ke tidak, tak puas hati lagi Cik Ash pun tanya sekali lagi kalau sayang buat nasi daging nak tak hahaha yang lawak cepat-cepat dia angguk kepala tu sambil kata sedap gak nasi daging. So hasilnya hari tu buat la nasi daging yang Cik Ash tengok resepi dekat blog Kak Azie Kitchen, Cik Ash selalu follow blog dia... suka cara dia tulis resepi..

Cik Ash tengok resepi dia tapi buat cara Cik Ash sebab dekat rumah makan 3 orang jer pun bukannya ramai hahaha, so masak la untuk 3 orang makan kan.

Nasi Daging Utara 

500 gm Daging - Di potong kiub dan direbus

Bahan Nasi :-
3 cup beras- basuh dan toskan ( Cik Ash beras biasa jah)
Air - 4 cup air atau ikut beras. ( Cik Ash terlebih air sikit nasi lembik sikit)
Rempah 4 Sekawan - bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 tin susu cair ( Cik Ash tak letak sebab mak mentua tak gemar susu cair)
1 helai daun pandan
2 Sudu besar Stock Ayam Knor
2 biji buah tomato ( tak letak pun)
2 sudu besar rempah kurma

Bahan hiris : 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara membuatnya :-
1. Panaskan minyank sapi dan minyak masak. Tumis rempah penumis dan bahan-bahan yang dihris sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kurma dan dikacau rata.Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.

3. Masukkan beras yang telah di toskan dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai.

4.Masukkan daging, air rebusan daging,serbuk stock knorr. 

5. Pindahkan nasi di dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa jer.

Manakala untuk air asam resepi dia Cik Ash buat sedikit jer cukup untuk 3 orang makan itu masih ada lagi baki simpan dalam peti ais. hihihihi..

Bahan-Bahan 
Sambal Belacan 
6 tangkai cili padi -warna hijau dan merah 
1/4 ketul belacan
2 sudu kecil maggi cukup rasa
garam- jika perlu
Gula

Bahan lain :-
2 biji buah tomato- belah dua dan hiris nipis 
1 biji bawang besar- belah dua dan hiris nipis
sedikit kerisik 
1 cawan air rebusan daging 
1 sudu besar pes asam jawa
Sos Tomato
Sos Cili

Cara Membuatnya :-
1. Blender bahan-bahan sambal belacan tu.

2. Campurkan sambal belacan dengan bahan hiris-hiris. Gaul Sebati. Masukkan asam jawa yang  dibancuh dengan air daging.

3. Kelapa parut digoreng garing lepas itu tumbuk pecah minyak jadi la kerisik tu.

5. Masukkan kerisik ke dalam sambal belacan,sos cili,sos tomato serta serbuk perasa maggi secukup rasa. Sesuaikan rasa kena dengan tekak korang. 

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi #iftarramadan hari puasa ke 2 aritu. kalau korang tengok versi gambar penuh boleh rujuk blog Kak Azie. 

4 comments: