TICKER

Tuesday, May 29, 2018

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash semuanya sihat walafiat.


Entri ni sepatut nak share semalam tershare hari ini.. semalam hujan lebat, dengan berdentum-dentum kilat dekat kulim ni, tak boleh nak online la semalam. Alhamdulilah tempat Cik Ash selamat daripada banjir, sedih bila baca info-info keluar berita kulim banjir.

Eh hampir terlupa Cik Ash sebenarnya nak kongsi Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal  ni, pertama kali mencuba bakar sendiri untuk suami, dia suka makan ikan ni  tahun ni kebetulan pergi pasar borong jumpa ikan ni suami siap tanya boleh bakar tak hahaha, Cik Ash kata boleh cuba jer hihihi.. Cik Ash tak makan pun ikan ni.. hihihi. Jom tengok resepi ikan ketuka bakar bersambal ni dekat bawah :-

Resepi Ikan Ketuka Bakar Bersambal
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
1 ekor ikan ketuka
1 ulas bawang besar*
1 batang serai*
1 inci kunyit hidup*
10 keping cili kering*
1 inci halia*
sedikit udang kering*
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

(bahan bertanda * dikisar)

Cara membuatnya :-
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa. Masak sehingga sebati dan padamkan api.Bahagikan sos kepada dua bahagian.
3. Bakar dalam pemanggang ajaib lapit dengan daun pisang, sambal ikan ketuka dan sambal.
Kemaskan daun pisang tu. Bakar la ikan tu sehingga masak.
4. Siap boleh dihidang dengan nasi panas.

Suami Cik Ash cakap sedap makan Ikan Ketuka Bakar Bersambal ni, bulan puasa jah rajin nak membakar bulan biasa jarang sangat suami nak request hahaha..  Ok la korang semua Cik Ash out dulu ya.Nak tengok koleksi resepi lain boleh tengok dekat #dapurcikash.

4 comments:

  1. first time dengar nama ikan ketuka..

    ReplyDelete
  2. lahai sedapnyer.. tu la bulan puasa ni macam macam nak makan bila tak puasa apa pun xde selera hehe

    ReplyDelete
  3. Sedap tu cikash tapi ciktie suka cicah air asam

    ReplyDelete
  4. sedapnya..dah lama x makan ikan ketuka cicah air asam

    ReplyDelete