TICKER

Thursday, May 31, 2018

Resepi Kari Daging

Resepi Kari Daging | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Dah masuk hari ke 15 kita berpuasa sekejap jer rasa kan.

Kari daging

Hari ini baru sempat nak share resepi dekat blog kalau ikut kari daging dah lama buat dalam bulan puasa yang ke berapa tak ingat hahaha...Kalau ikut lama dah tak kari daging ni kebetulan ada daging dalam peti ais tu terajin buat. Masak dia cukup mudah guna bahan yang ada dekat dapur tu hihihi. Jom usha resepi dekat bawah ni.

cara membuat kari daging
Resepi Kari Daging 
Oleh : Cik Ash 
 
Bahan-bahan
Daging
1 biji Bawang Besar *
 1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 sudu kfc biji ketumbar *
2 sudu besar rempah daging ( dibancuh dengan air)
1 sudu Kerisik
2 biji ubi kentang
1/2 gula melaka
2 sudu kfc garam
2 sudu kfc gula
2 sudu kfc maggi cukup rasa
asam keping
Santan ( beli kelapa rm2.00)

(P/s - Kisar bahan bertanda * sampai lumat)

Cara Membuatnya :-
1. Hiris daging nipis toskan.
2.Mula-mula korang kena satukan bahan kisar dengan serbuk kari dan daging di atas dapur. Lepas itu masak atas dapur sehingga daging kecut.
3.Apabila daging dan kecut tu korang masukkan la santan dan ubi kentang. Masukkan juga asam keping. Biarkan mendidih sehingga daging empuk.
4. Apabila daging dah lembut sesuaikan rasa garam, gula melaka,kerisik dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
5. Siap boleh dhidang dengan nasi panas letak sambal belancan,ulam timun fulamak memang terbaik hihihi..

Ok la korang semua itu jer cara Cik Ash buat kari daging ni. masak untuk 3 orang makan jer pun. buat banyak nanti membazir pulak. Jumpa lagi nanti dientri yang lain ya. Cik Ash undur diri dulu nak pergi berehat pulak. hihihi..

2 comments: