TICKER

Thursday, May 31, 2018

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral | Assalamualaikum.. Selamat malam semua... Sana sini viral pasal Kuih Kerbau guling, terutamanya penduduk di rantau panjang apabila kuih ni dikenali sampai viral. 

 

Cik Ash duk di kedah tengok kuih tu hitam gelap tak terliur nak makan.. Kata mok Cik Ash macam koleh hitam jah rupanya. Mula-mula kisah kuih kerbau guling masuk dalam TV1 lepas di viral setiap pages facebook sampai ada yang share resepi. Cik Ash tak taw la resepi betul tidak tu. Jom usha resepi dekat bawah ni mana taw teringin nak makan boleh rujuk resepi dekat blog. hihihi.. Nak balik jauh dikelantan Cik Ash sekarang dekat kulim kedah. Tengok rupaya macam lembik jer sekali tengok macam dodol hahaha.. 

Resepi Kuih Kerbau Guling Viral 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
  • 250gm tepung beras
  • 150 gm tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras pulut
  • 200 gm gula
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air 1 liter setengah
  • Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
  • Secubit garam
Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan atas dalam kuali...kacau biar sebati dahulu baru buka api..lepas semua dah sebatu pastikan kacau & buka api yang sederhana..kacau-kacau sampai likat.
2. Sediakan loyang saiz 8 sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap tadi.. bila dah sejuk potong dan gulingkan di dalam kelapa parut (muda) yang digaul dengan sedikit garam..dah siap
3. Tempurung bakar pastikan tumbuk dan letak air tapis dengan kain..optional boleh beli di kedai bakery serbuk arang tau.

Masa-masa mula Cik Ash tengok resepi dia macam pelik jah sebab letak arang tempurung, tak pernah dengar tu. memang unik la kuih ni.. ada yang kata sama macam kuih kaswi,kuih kosu la.. macam-macam orang duk kata. Cik Ash tak taw nak kata apa sebab belum makan pun lagi.. hahhaha.. Selamat memcuba resepi ni ya.

 

3 comments:

  1. kuih ni lah yang viral tu..sampai beratur panjang kan kat bazar.tq for share recipe.

    ReplyDelete
  2. biasa2 je kuih ni cuma namanya yg unik sbb tu la ramai org nak try...

    ReplyDelete
  3. Akak pon belom pernah makan..kat kelantan banyak jer jual. tapi akak x terliur pon

    ReplyDelete