Monday, June 4, 2018

author photo
Biskut Cornflakes Madu | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat ya. Sekejap dah kita berpuasa tahun ni kan..

Biskut Cornflakes Madu

Dah buat biskut raya korang semua, Cik Ash baru start buat tu pun buat yang senang suami request tahun ni nak makan cornflakes madu,popia nestum,kuih siput,popia simpul, hahaha, banyak suami nak makan tu, rasa Cik Ash dah lama tak buat semua ni last tahun 2 tahun lepas hihihi..

Semalam Cik Ash buat biskut cornflakes madu jer pun, cara dia pun sangat senang tu buat gak. kena rajin jah satu kalau malas memang tak jadi hihihi.. Resepinya pun senang sangat. Cik Ash guna pemanggang ajaib jer untuk bakar biskut cornflakes.

Resepi Biskut Cornflakes Madu
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan
4 cawan Cornflakes
1/4 cup Madu
1/4 cup buttercup


Cara Membuatnya :-
1. Cair buttercup dengan madu bila dah cair masukkan la cornflakes tu kacau hingga sebati semua.
2. Masukkan cornflakes dalam papercup lepas tu bakar la dalam pemanggang ajaib dalam 10 minit gitu-gitu..
3. Sejukkan lepas tu simpan la dalam bekas tutup kemas-kemas.

Ok itu cara Cik Ash buat biskut cornflakes madu, nampak senang sangat resepi kan.. hahahaha.. cara Cik Ash memang mudah sangat sebab nak cepat buat kan. Selamat memcuba resepi daripada #dapurcikash.

This post have 8 komentar

avatar
Zaza Iman delete June 4, 2018 at 8:18 PM

Kuih raya yang senang nk buat kan kak.. Sedap ni makan.. Budak2 memang suka cornflakes ni. Hari raya lak kuih siput la zaza nak mencari haha

Reply
avatar
Diana Rashid delete June 4, 2018 at 11:15 PM

pernah buat biskut ni 3,4 tahun lepas ..dah lama tak buat..Lepas bakar tu akak suka letak coklat atasnya.Cairkan coklat dengan butter dan susu pekat.masuk kan dalam piping bag lepas tu picit la atas cornflakes madu.

Reply
avatar
ZULHILMI TEMPOYAK delete June 4, 2018 at 11:31 PM

nice.. boleh share dkt isteri ni..

Reply
avatar
Nadia Johari delete June 5, 2018 at 9:15 AM

Kita tak buat pun biskut atau kuih raya..kita beli je..hehehe..ada anak kecik ni susah nak buat. Teringin juga nak buat, suka tengok orang buat..nanti la bjla anak dah besar..kita buat sama2

Reply
avatar
adianiez AIDA delete June 7, 2018 at 12:17 PM

mcm nak buat.
tapi malas.
mcm nak buat.
tapi malas :) ha ha ha ha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post