-->

Thursday, June 7, 2018

author photo
First Time Buat Serunding Ikan Bilis | Assalamualaikum... Hai korang semua tak lama lagi dah nak raya mesti rakan-rakan blogger perempuan dah kalut menyiapkan biskut-bikskut raya kan.


Cik Ash salah seorang daripada mereka... hahaha, tahun ni terasa nak makan kuih raya tu yang terlebih rajin buat popia nestum reben,popia simpul, cornflakes madu, dan ada lagi dalam proses hahaha.

Kalau tak silap Cik Ash last buat biskut masa first time beraya sebagai wife hahaha.. lama sangat Cik Ash tak buat tu, tahun terlebih rajin rasa nak makan biskut raya buat sendiri pulak kalau beli rasa macam tak puas makan la pulak.

Eh terlebih-lebih pulak Cik Ash bercerita pasal biskut raya ni, sebenarnya nak bagitaw korang semua kemalrin pertama kali Cik Ash cuba buat serunding ikan bilis untuk dijadikan inti popia simpul. Alhamdulilah percubaan pertama Cik Ash berjaya.

Resepi untuk membuat serunding ni Cik Ash jumpa dekat facebook sebelum ni ada yang share Cik Ash ikut melalui situ alhamdulilah berjaya buat. Kalau tahun depan diberikan kesihatan boleh buat lagi nanti. Amin.

Resepi Serunding Ikan Bilis
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis
(yang jenis kopek ye.. jangan guna yang seekor tu sebab ada taik..nanti tak sedap)
12 tangkai cili kering ( rebus dulu) *
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
5 batang serai *
sedikit halia *
1/2 cawan air *
1/2 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak)*
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
1 sudu kfc garam

(bahan bertanda * dikisar)

Cara membuatnya :-
1. Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih,lepas tu toskan dan kisar guna blender kering.
2.Masukkan bahan-bahan lain dalam blender,bawang putih,bawang besar,serai,halia,cili kering, santan dan air.
3. Panaskan minyak dalam kuali, lepas tu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi , kacau selama 5 minit. Lepas tu masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah diblender tadi kacau sehingga kering.. agak lama jugak nak tunggu kering lebih kurang 40-45 minit..

Ok la itu jer cara yang Cik Ash tengok dekat resepi yang dikongsikan dekat facebook aritu. Selamat memcuba resepi ini juga ya.
your advertise here

This post have 11 komentar

avatar
Rodiah Amir delete June 7, 2018 at 8:08 AM

Terima kaish share rsepi. nak buat tapi malasnya ya ampun..hahahha makan rajin

Reply
avatar
adianiez AIDA delete June 7, 2018 at 12:15 PM

ekin rajin. bagus.
aida ni tgk kerajinan.
aida rajin masak lauk berbuka aje.
lain-lain kurang rajin lah ekin.
esok in shaa Allah nak buat kuah kacang.
first time nak buat :)

Reply
avatar
Byzura Halifah (MB) delete June 7, 2018 at 4:18 PM

kalau cili kering tukar guna serbuk cili bolehtak? heheee

jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete June 9, 2018 at 9:30 AM

Nak buat tapi tak rajin, beli je boleh tak? :D

Reply
avatar
Sayidah Napisah delete June 26, 2018 at 6:46 AM

woww serunding ikan bilis? first time dengar ni. biasa jumpa serunding daging je hehe

Reply
avatar
Sha Mohamed delete July 11, 2018 at 11:20 AM

Rajin ekin buat serunding.. Nak tunggu kering tu yang tak lalu..

Reply
avatar
Umi Nazrah delete September 26, 2018 at 2:25 PM

alhamdulillah terima kasih atas perkongsian resepi. saya tau makan ja. haha. paling suka serunding daging. cicah ketupat. ya Allah, nikmat! ^_^

Reply
avatar
Khir Khalid delete September 26, 2018 at 11:24 PM

Sedap ni.. lama tak makan. Saya suka klu makan serunding ikan ni dgn nasi himpit. Makan kering mcm tu je pun dah sedap.. best :)

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete September 27, 2018 at 2:31 AM

Waa..daebakla Cik Ash! Saya tak pernah buat serunding sendiri, macam susah je..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post