-->

Wednesday, June 6, 2018

author photo
Popia Nestum Reben | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar selamat malam... harap korang semua sihat walafiat ya.


Malam ni terlebih rajin update nak sharing dengan korang semua Cik Ash ada buat popia nestum reben hahaha, saja-saja nak memcuba benda baru try la buat, alahai senang sangat nak buat, selalunya kalau popia simpul ni gulung-gulung lepas tu gunting.

Macam-macam la tengok orang buat kita nak cuba hahahha.. Popia nestum Cik Ash guna nestum perisa madu sebab yang original habis stock la pulak.


Resepi Popia Nestum Reben
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
1 bungkus popia
1 cawan nestum - dikisar halus
1/2 cawan gula - dikisar halus

Cara membuatnya :-
1. Kerat potongan kulit popia untuk buat reben. Cik Ash main agak-agak jer kerat tu,tutup bekas berisi kulit dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan.
2.Bentukkan kulit popia dengan reben seperti dalam gambar
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, Lepas tu angkat dan toskan minyak.
4. Apabila sudah sejuk , taburkan la nestum,gula yang dikisar di atas kulit popia hingga bersalut semuanya.
5. Bila popia dan bersalut semua, simpan dalam bekas kedap udara.

Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua buat popia nestum reben hihihi.. selamat mencuba ya. jumpa lagi dientri yang lain nanti.

your advertise here

This post have 13 komentar

avatar
Siti Yang Menaip delete June 7, 2018 at 2:39 AM

eheh banyak2 balang tu ada lebih x kak ? mehla send kita skit =D

Reply
avatar
Acenana delete June 7, 2018 at 5:36 AM

yeayyy lama dah cari resepi ni.. thank u! https://nanafidenaz.blogspot.com/

Reply
avatar
Cik Ash delete June 7, 2018 at 8:00 AM

Pos laju x jln doh hahaha

Reply
avatar
adianiez AIDA delete June 7, 2018 at 12:16 PM

sedap nyer popia ni.
aida akan cari ni.
krup krup makan popia kecik ni :)

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete June 9, 2018 at 9:32 AM

Saya buat yang gulung tu tapi guna bahan yang sama..sekarang dah boleh buat bentuk reben ye

Reply
avatar
Sayidah Napisah delete June 26, 2018 at 6:47 AM

alahaiii comelnyaa bentuk reben! hahaha. rajin cik ash buat kuih raya sendiri. kagumm hehe.

p/s: jemput join segmen blog saya cik ash :D

Reply
avatar
Sha Mohamed delete July 11, 2018 at 11:21 AM

Rajin ekin.. Mesti amik masa kan nak buat gini.. Kalau sha gulung dan gunting jelah.. kikiki..

Reply
avatar
Khir Khalid delete September 26, 2018 at 11:26 PM

Wahhh.. ni kalau makan sambil menonton tv, mmg tak berhenti mengunyah ni hehee

Reply
avatar
Faradidi delete May 23, 2019 at 10:45 PM

kita sukaa popia nestum ni! nak buat lah untuk raya nanti!

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post