TICKER

Sunday, June 3, 2018

Resepi Kerabu Ayam Tomato

Resepi Kerabu Ayam Tomato | Assalamualaikum... Hai korang semua hari ni Cik Ash nak sharing sesuatu dengan korang semua la, kiranya ini pertama kali memcuba buat kerabu ayam tomato ni, selalu duk buat kerabu letak santan tu. Kita ubah selera buat style macam ni pulak. 
Kerabu Ayam Tomato
Pertama memcuba buat memang power kerabu ayam tomato ibu mentua dan suami Cik Ash puji kata sedap sangat, yang paling Cik Ash suka tengok ibu mentua lalu makan bila ada kerabu ayam tomato ni. 

Makan pulak dengan ikan ketuka bakal sambal pula memang terbaik menu berbuka puasa kemalrin dulu.. hihihi.. Nak buat kerabu ayam tomato pun cukup senang sangat buat, resepinya Cik Ash ada ternampak dekat facebook aritu ada orang share salin resepi dekat kertas tak ingat nama apa facebook dia. hahaha.. Jom tengok resepi dekat bawah ini. 

Resepi Kerabu Ayam Tomato 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
Isi Ayam
1 biji bawang besar 
2 biji tomato 
3 biji cili padi
Air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 biji air perahan limau nipis 

Cara Membuatnya :- 
1. Isi Ayam direbus dan di racik-racik halus. 
2. Perah Air limau kasturi ke dalam isi ayam tadi. 
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati kesemua kerabu.
5. Boleh dihidang dengan nasi panas. 

Ok la itu cara yang Cik Ash buat Kerabu Ayam Tomato sangat simple dan senang, guna jer bahan yang ada dekat dapur. hihihi.. Nak tengok resepi kerabu yang pernah Cik Ash buat sebelum ni boleh baca dekat entri Resepi Pucuk Tere Ataupun GajusResepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Tere , Kerabu Pauh a.k.a Buah Mangga, Resepi Kerabu Belimbing Buluh, Jumpa lagi di entri yang lain nanti.

4 comments: