Tuesday, July 31, 2018

author photo
BioXcellent Cupplus White Untuk Kekal Cantik Bertenaga | Bila usia dan meningkat ke angka 30an ni kan terasa diri ni ada kekurangan sikit bila tengok dekat cermin kelihatan kulit muka ni kusam, berparut jerawat dan kulit pulak nampak tidak anjal ada kedutan di sana sini. Cik Ash ada la mencari produk yang sesuai untuk Cik Ash guna ni. Sebenarnya Cik Ash bab jaga diri agak malas sejak kahwin ni tak sempat nak jaga sangat biasa la sibuk dengan kehidupan seharian surirumah kan. Bila dan nampak ada perubahan ni baru kalut nak mencari produk untuk kekal cantik bertenaga ni.


Jeng Jeng akhirnya Cik Ash jumpa satu produk yang boleh merawat masalah Cik Ash adalah Bioxcellent Cupplus White, produk ini khas untuk payudara dan pencerahan kulit, sebenarnya Cik Ash duk survey la produk yang sesuai untuk mengembalikan keanjalan kulit, takut sangat nak cuba produk takut ada yang berbahaya kan. 


Bagaimana Cik Ash boleh tertarik dengan produk Bioxcellent Cupplus White, aritu adala Cik Ash pergi shopping dekat Watsons untuk membeli barang keperluan diri seperti biasa la, dalam duk pusing-pusing tu Cik Ash ternampak produk daripada Bioxcellent ni, nampak macam menarik, banyak juga produk Bioxcellent ni,pening nak pilih yang mana, akhirnya Cik Ash pilih satu produk untuk kulit dan payudara hihihi iaitu Bioxcellent Cupplus White. Sebelum nak membeli produk Bioxcellent ni Cik Ash sempat juga buat carian dekat google tentang kelebihan dan selamat tak guna produk ni. Memang bagus dan selamat diamalkan produk ni dan kelebihannya.Nak tahu apa apa kelebihan yang terkandung di dalam Bioxcellent Cupplus White ni, Meh baca apa yang Cik Ash kongsikan dekat bawah ni, Korang kena baca sampai habis tau.

Antara kelebihan Bioxcellent Cupplus White ialah :-

  •  Dapat menambah saiz payudara menjadikan ia lebih pejal,tegang dan terangkat 
  • Memadatkan punggung yang mengendur dan jatuh
  • Mencerahkan serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara.
  • Mengetatkan vagina,mencegahkan keputihan dan sengugut.
  • Menghangatkan hubungan suami isteri 
  • Menambahkan tenaga dan kecergasan 
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
  • Membentuk payudara lebih padat dan berisi
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit payudara
  • Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh
  • Mencantikkan payudara yang leper
  • Memontokkan payudara 

Nampak tak kelebihan yang ada di dalam Bioxcellent Cupplus White ni? Mesti korang teringin nak cuba juga kalau ada yang mengalami masalah seperti yang disebut di atas tu kan. Tambahan bila faktor umur ni khasiat segala mineral dalam tubuh badan dah semakin kurang kan nak juga memcuba makanan tambahan nak lagi mantap hihihi...

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Bioxcellent Cupplus White ini mengandungi bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit,keanjalan payudara dan kulit cerah bersinar. Jangan risau kerana produk ini adalah selamat digunakan dan mengikur standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP. 

                
 
Antara bahan-bahan utama yang terkandung di dalam Bioxcellent Cupplus White adalah seperti di bawah ini :-  

Acacia Gum
  • Acacia Gum -Manfaat dalam Acacia Gum ni dia akan menjaga kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon). Berfungsi juga memberi bekal serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan dalam diri kita. Dengan itu sistem pencernaan akan berfungsi dengan lebih efektif untuk menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan membuang lemak berlebih dan toksin dari badan. Toksi tak de badan sihat cantik!
Buah Betik


  • Buah Betik - Khasiat buah betik terdapat dari sembilan jenis vitamin, fiber dan potasium yang terkandung di dalamnya. Kandungan ini sangat baik untuk mencegah tubuh badan daripada dehydration, sekaligus membuatkan kulit kekal atau lebih lembut, cerah dan moist. Selain tu, buah betik tinggi dengan kandungan antioksida – efektif untuk mencegah serangan radiasi, mempercepatkan sistem metabolisme tubuh badan, dan lain-lain.
Pueraria Lobata
  • Pueraria Lobata -Pueraria Lobata mengandungi paras fitoestrogen semula jadi yang tinggi, berkesan dan selamat sebagai sebagai ganti kepada HRT. Sumbernya yang kaya dengan fioestrogen melambatkan proses penuaan dan menghalang perubahan secara drastik kepada tubuh apabila seseorang wanita mengalami menopaus.
Ubi Bit Merah
  • Ubi Bit  Merah - Ubi Bit merah mengandungi zat besinya yang cukup tinggi dapat membantu proses pembentukan sel darah merah yang baru. Kandungan vitamin C nya akan membantu memudarkan noda hitam pada wajah, menghilangkan kusam dan mencerahkan kulit. Dengan begitu kulit akan terlihat lebih sihat, bersinar dan putih sekata.
 
  • Ekstrak Halba Fenugreek - Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Cara pengambilan Bioxcellent Cupplus White 
Cara pengambilannya semudah ABC jer, tak memerlukan masa yang panjang untuk membancuhnya.. Jom ikut langkah untuk membancuhnya :- 


1. Campurkan 1 skop (20gram) ke dalam 200/250ml air suam atau pun air sejuk. 
2. Kacau atau goncang sehingga larut.
3. Minum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut.
4. Amalkan selepas sarapan.

Ini yang Cik Ash nak pesan dekat korang yang mengambil sebarang supplement tu korang harus minum air yang memcukupi sepanjang hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Jangan nanti kurang minum air kata produk ni tak berkesan pun, satu lagi kesan perubahan setiap penggunaan supplement setiap individu adalah berbeza ya mengikut keserasian tubuh badan masing-masing. 


Tip/Pantang sepanjang Pengambilan Bioxcellent Cupplus White
  • Untuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Elakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan
  • Masa period tidak digalakkan untuk mengambil Bioxcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period. 
  • Jarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik.
  • Jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis  produk/supplement/jamu dan lain-lain
  • Untuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan ke atas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan ke atas. 
  • Produk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung. 
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik. 
  • Jika mempunyai masalah kesihatan,sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Produk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut,masalah kulit sensitif atau masalah resdung.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Bioxcellent Cupplus White dan yang lain boleh rujuk di bawah ini :- 

Info Lanjut : 



Instagram :  @bioxcellent_malaysia

Harga Pasaran : RM66 ( Pengambilan Untuk Sebulan) 


**Boleh didapati di Watsons di seluruh Malaysia atau Lazada Malaysia

This post have 10 komentar

avatar
Wawa Ashihara delete July 31, 2018 at 5:10 PM

Bioxcellent cupplus ni best.. Kita minum juga..bkn tuk tegangkan je mcm2 kelebihan dia ade... Yg penting bdn pon rasa cergas sikit

Reply
avatar
Tengkubutang delete July 31, 2018 at 6:23 PM

Rasa dia sedap tak? huhuhu tengok pada khasiat dia tu macam best je. tapi lena pastikan minum banyak air kan klu minum apa2 suplemen

Reply
avatar
Cik Ash delete July 31, 2018 at 8:06 PM

ha ah betul tu wawa cakap macam2 kelebihan ada

Reply
avatar
Cik Ash delete July 31, 2018 at 8:07 PM

sedap sangat rasa berry manis2 buah gitu. memang kena pastikan minum banyak air masak nak minum apa2 supplemen ni

Reply
avatar
el delete July 31, 2018 at 8:35 PM

pas ni makin bergetah montok cantik mampat lah ekin..patutlah tengok makin daring hihi..mcm menarik pulak k.el nak pakai..nti boleh try

Reply
avatar
Syamimi Saad delete July 31, 2018 at 9:00 PM

Wow.. Khasiatnya tu.. Siap untuk keanjalan aset sekali. Hehe..
Mesti bestkan produk ni..

Reply
avatar
Aerill Hassan delete July 31, 2018 at 9:43 PM

produk ni sesuai ke untuk lelaki? or perempuan je?

https://aerillhassan.blogspot.com

Reply
avatar
Sunshine Kelly delete August 1, 2018 at 10:13 AM

Its my first time get to know about this brand, looks good also. Will check it out more.

Reply
avatar
Nadia Johari delete August 1, 2018 at 10:14 AM

wah, banyak kelebihan dia erk...huhu...pantang tu pun sama..semoga cantik2 selalu cik ash

Reply
avatar
iuzira delete August 1, 2018 at 11:10 AM

Okey tak minum ni tengok macam best je, tahan berapa lama?

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post