TICKER

Sunday, August 19, 2018

Drama Alamatnya Cinta Adaptasi Korea Full House

Drama Alamatnya Cinta Adaptasi Korea Full House | Sekarang ni musim pengarah ambik cerita luar negara dijadikan adaptasi drama. Selepas kejayaan drama Monalisa adaptasi drama korea. Kini pengarah berani tampilkan adaptasi drama korea lagi iaitu "Full House".



Cik Ash masih ingat drama korea Full House tu dilakonkan oleh Rain dan Song Hye Kyo memang ni cerita best sangat, siap lagu dalam drama korea dijadikan renut bunyi masa Cik Ash dj radio online ketika dulu. hihihi.

Drama ini diberi nama tajuk Alamatnya Cinta dan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon Utama. Di arahkan oleh Bernard Chauly. Terbitan syarikat Global Station Sdn Bhd. Akan ditayangkan mulai 20 Ogos ini, setiap hari isnin hingga khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.


Antara pelakon yang bakal menjayakan drama ni ialah Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman,Shah Rezza,Dian P Ramlee.

Sinopsis Alamatnya Cinta 

Mengisahkan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkahwinan dengan pelakon tersebut



6 comments:

  1. menariknya... ful house cite masa budak2 budak, sampai masanya duk dpn tv la mengadap... haha

    ReplyDelete
  2. OOO diadaptasi dari full house ye. Bestlah. Memang wajib tengok ni

    ReplyDelete
  3. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  4. heee bilala nak dapat idea sendiri tanpa cilok2 idea luar huhu..

    ReplyDelete
  5. Gandingan pelakon yang menarik.. Tambah ada cik manggis..

    ReplyDelete
  6. makin byk lakonan cik manggis.
    and getting better lakonannyer.

    ReplyDelete