Sunday, August 12, 2018

author photo
Drama Cinta Bukan Kristal | Sebuah drama yang bukan adaptasi novel ni telah menemui penonton pada 7 Ogos 2018 aritu. Drama ini merupakan terbitan sebuah syarikat Orangetree Production Sdn.Bhd. Yang diarahkan oleh saudara Suhaimi Zulkefli. 


Cinta Bukan Kristal

Drama ini bersiaran sebanyak 28 episode yang menggantikan drama trending viral iaitu Jangan Benci Cintaku dalam slot Akasia. Di lakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat antaranya Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad,Nina Iskandar,Raja Afiq, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah,Fauziah Nawi,Farzana Latiff,Doria Rachel Jolly, Esma Daniel,Hazman Al-Idrus,Amanda Misbun dan Bella Nazari.

Sinopsis Drama Cinta Buka Kristal
Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini? 

Drama ni masuk list untuk Cik Ash layan lambat la sikit kalau ada rasa nak tengok baru tengok, lebih kurang sama dengan drama sebelum ni kisah orang ketiga juga, bab begini macam kurang nak layan sangat hihihi, tapi bila layan drama bab emo dekat drama no 1 hahahha, sampai suami marah berlakon jah tu bersungguh la. Tak sabar nak tengok kesudahan drama ni.Kalau orang yang belum sempat nak layan drama ni boleh cari dekat blog-blog yang ada share untuk tengok online tu. 

Ok la semua Cik Ash nak undur diri dulu ya, nak rehat-rehatkan mata ni, hari ini tak beberapa sihat mana nak main laptop ni. 

This post have 3 komentar

avatar
Baby Breath delete August 13, 2018 at 2:46 AM

macma best je ni. tak sabar nak tengok

Reply
avatar
iam.umifuzy delete August 13, 2018 at 7:05 AM

pernah tonton sekali sbb suka tgk Nina Iskandar..talented n pretty

Reply
avatar
adianiez AIDA delete August 30, 2018 at 11:21 AM

aida mcm tak brape suka citer gini.
merampas laki org :(
geram aida tgk kan nyer...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post