TICKER

Thursday, August 2, 2018

Kek Kukus Pandan

Kek Kukus Pandan | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash terlebih rajin buat kek kukus pandan. Entri dalam draf lama dah baru nak sharing masakan daripada #dapurcikash nampak sangat kesibukan nak menulis sekarang. Kek ni Cik Ash buat sebelum balik kelantan. hihihi. Bila start menulis blog ada la entri yang menyusul kan hahaha...



Selalunya buat kek ni Cik Ash fail sebab tak jadi gebu macam dekat kedai tu.. Dua hari lepas ada ternampak orang share resepi Kek Kukus Pandan dekat  facebook Cik Ash bookmark terus sebab tengok barang dia guna barang  yang dah ada kat dapur.

Resepinya Cik Ash salin semula  dalam blog untuk rujukan Cik Ash semula  bila datang kerajinan nak buat lagi ke.  Hihihihi.

Resepi Kek Kukus Pandan
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
3 biji telur
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1 Sdt esen vanilla
1 sdt perisa pandan
 1 cawan self rasing flour

Cara Membuatnya
1. Ambik pengkukus masukkan air didihkan air dalam hingga mendidih.

2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam blender kecuali self rasing flour tu.Blender sehingga adunan kembang sekitar dalam 3-5 minit.

3. Masukkan adunan yang di blender ke dalam mangkuk, masukkan self rasinf flour sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.

4. Sapu minyak dekat acuan buat kuih tu lepas masukkan adunan ke dalam acuan tu.

5. Masukkan acuan ke dalam pengkukus, kukus la hingga kek masak. Berapa minit tak ingat main agak-agak jah masa tu tengok tak lekat kat lidi tu dah masak la ya.

6. Siap boleh dihidangkan macam gambar dekat atas nuh. hihihi..

Ok la korang tu cara Cik Ash buat nampak memang senang sebab guna blender jer, Kalau nak tengok versi penuh resepi ni boleh singgah baca dekat blog Resepi Kek Pandan Kukus Gebu Guna Blender.

9 comments:

  1. wah rajinnnya! hahah sha selalu beli je :p taksangka mudah je cara nak buat eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sebab ibu mentua nak makan tu yang buat ni sha

      Delete
  2. FEVRET NI KEK PANDAN..
    TP NK BUAT TU.ADE X RESEPI XDE BUH TELO..HEHE

    ReplyDelete
  3. Alaa gebunya kek.. suka tengok makanan warna hijau ni

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kejadian kek cik ash. Untung pandai buat kek.

    ReplyDelete
  5. wahh gebu kek..mcm sedappp tu.rajin kak ekin baking cake.

    ReplyDelete
  6. cantinya. mesti sedap tu. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 936

    ReplyDelete