TICKER

Monday, August 13, 2018

Resepi Singgang Terung

Singgang Terung | Assalamualaikum... Siapa kat sini peminat kuah singgang,  kita geng makan kuah ni memang tak ingat apa nasi bertambah-tambah  hahaha.. 


Singgang Terung
Baru nak share pasal  singgang terung  ni dekat blog hahaha.. Sebenarnya suami yang request suruh buat singgang  terung ni gara-gara cerita  telemovie Pok Ya Cong Codei la babak kawan pok ya masak untuk sahur singgang terung.  Dalam dialong tu Pok Ya bagitaw tak pernah orang buat terung  masak  singgang ni.

Cik Ash  beranikan diri memcuba masak singgang  terung ni,  sedap jugak terung buat singgang  ni hihihi..  Masak dia lebih kurang sama jah kita buat singgang ikan tu.


Resepi Singgang Terung

Bahan-bahan :- 
Sedikit terung dibelah bulat
Bawang Putih -dihiris nipis
Lengkuas - dihiris nipis ataupun tumbuk2
Asam Keping 
garam
ajinamoto


Cara Membuatnya : 
1. Masukkan air dalam periuk, masukkan kesemua bawang putih,lengkuas. 
2. Didihkan air rebusan tu sampai bau singgang.
3. Masukkan terung yang telah dihiris tu masak sampai terung nampak layu. 
4. Siap boleh di makan dengan makan nasi panas berserta dengan ulam-ulaman dan budu. 

Ok la tu jer resepi ringkas yang Cik Ash kongsikan untuk koleksi #dapurcikash

7 comments:

  1. cik nor suka terung ni..sjak ada gastrik ni xleh mkn sbb angin..huhu

    ReplyDelete
  2. Ehehe, nanti boleh cuba..masak singgang ni kuah yang paling sedap hirup..

    ReplyDelete
  3. Kita first time dgr nama singgang terung ni kak.. Sllu buat ikan singgang je.. Hehee.. Xbrpe minat terung..tp leh try buat tuk mertua..

    ReplyDelete
  4. TB suka gak singgang2 ni tapi kalau terung tak pernah try lagi buat.

    ReplyDelete
  5. Jarang tengok orang masak ni, boleh try resepi ni macam sedap je

    ReplyDelete
  6. sebenarnya nampak semua makanan sedap. tapi shu pulak bukan semua makanan makan. hahaha petai, terung ni.. :D hihi

    ReplyDelete