TICKER

Monday, August 27, 2018

Resepi Tortilla Wrap Daging

Resepi Tortilla Wrap Daging | Hai, alahai entri ni lama sangat tersimpan dalam draf asyik lupa nak taip. Nak buat macam ner. Buat Tortilla Wrap Daging dah lama bulan lepas lagi bekal dekat suami pergi kerja.


Buat dia secara spontan tak ada tengok resepi mana main letak jer apa yang ada dekat rumah ni janji suami makan dia kata sedap hihihi.. Tambah letak daging dalam tortilla ni memang sedap kan.. Resepinya mudah sangat nak buat pun mudah hihihi.. bagi Cik Ash buat apa ringkas dan cepat. 


Resepi Tortilla Wrap Daging 

Bahan-Bahan 
Bawang Putih
Bawang Besar 
Carrot 
Daging 
Tortilla wrap 
salad 
sos cili
mayonis
oregano
Sos blackpaper
serbuk perasa 
garam

Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2.Lepas tu masukkan daging goreng daging hingga masak.
3. Masukkan carrot gaul-gaul hingga rata.
4. Lepas tu masukkan sos blackpaper,serbuk perasa,garam oregano.
5. Panaskan wrap dalam pemanggang ajaib.
6. Letakkan inti daging atas tortilla, salad, sos cili dan mayonis..
7. Lepas tu gulung dah siap boleh dimakan.

Ok la itu jer cara Cik Ash buat Tortilla Wrap Daging daripada #dapurcikash hihihi... Nak tengok koleksi #dapurcikash yang lain boleh baca dekat Koleksi Resepi

7 comments:

  1. Sedaknya ekin tortilla wrap,, asalkan kenyang jadi dah hiii

    ReplyDelete
  2. Senang jer rupanya..nanti nak buat la...

    ReplyDelete
  3. nanti nak buat lah! sha bookmark dulu

    ReplyDelete
  4. wahhh dah pernah buat dah.tp rabia guna ayam je.

    ReplyDelete
  5. aida x pernah beli totila, ekin.
    dok ngap kat kfc aje :)
    nanti nak beli dan cuba la.
    mcm mudah aje ikut resepi ni.

    ReplyDelete