Wednesday, August 8, 2018

author photo
Sambal Petai Daging | Assalamualaikum...Hai, #dapurcikash bersiaran hari ini hihihi, Cik Ash nak kongsikan dengan korang sebelum ini Cik Ash ada masak Sambal petai Daging. Kiranya pertama kali memcuba buat ni. Petai tu jauh mari daripada kelantan ada mak mentua adik lelaki Cik Ash dia bagi kat ma.. Cik Ash ambik hahahaha.. Lama entri  duk tersimpan dalam draf ni baru sempat sharing.


Sambal petai daging

Mula-mula terfikir nak buat sambal ikan bilis petai febret suami Cik Ash ni, tetapi disebabkan tak ada ikan bilis tu yang mari idea nak gunakan daging dengan petai. hahahaha..

Korang pernah makan ke sambal petai daging kalau belum pernah meh tengok resepi dekat bawah ni cara Cik Ash buat memang senang sangat.

Resepi Sambal Petai Daging
Oleh : Cik Ash

Daging
Petai
1biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serbuk cili
Garam
Gula

Cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak,lepas tu tumis hingga kekuningan masuk serbuk cili.
2. Tumis hingga pecah  minyak,lepas tu masukkam daging masak sehingga daging empuk.
3. Bila daging dah empuk masukkan petai kacau bagi sebati, masuk serbuk pati sedap. Kacau lagi sampai  daging kering dah masak.
4. Boleh  dihidangkan dengan nasi panas.

Ok la korang semua itu jer masakan #dapurcikash yang secara spontan yang Cik Ash buat.   Selamat memcuba!!! Kalau cuba sambal petai yang lain boleh cuba tengok resepi Sambal Ikan Bilis Peria, Sambal Ikan Bilis Petai, Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit  .



This post have 6 komentar

avatar
Farrah MF delete August 8, 2018 at 10:41 AM

Oh, sungguh menggoda selera! 🤤

Reply
avatar
Dunia Zumal delete August 8, 2018 at 1:45 PM

Wah, menarik menunya. Boleh la try nanti...

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete August 8, 2018 at 2:55 PM

tak pernah makan lagi sambal petai daging.biasa makan sambal petai udang.

Reply
avatar
sitirohaida delete August 8, 2018 at 2:58 PM

baru pertama kali dengar ni.selalunya udang dan ikan bilis je...nanti akak nak cuba

Reply
avatar
Sha Mohamed delete August 8, 2018 at 4:15 PM

Tak pernah makan, tapi gabungan yang mengancam ya amat..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post