Sunday, August 22, 2021

author photo
Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Assalamualaikum... Drama ni diulang tayang kembali di Astro ada yang rindu lakonan mereka berdua ni, hujan-hujan ni line dekat rumah lambat pulak.. slow sangat loading. 

Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Mulai 1 Oktober ini Slot Megadrama di tv astro Ria nanti bakal bersiaran cerita drama daripada adaptasi novel The Misadventures karya Maya Adira diberi nama drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek. Yang akan mengantikan drama Alamatnya Cinta. 

Drama ini akan menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim untuk terajui watak utama.Merupakan Terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd. Di arahkan oleh pengarah Hadith Omar. 


TaTak sabar pulak nak tengok drama ni hahaha, tapi selalunya Cik Ash jarang nak tengok tv hahaha tengok online jer, Cik Ash suka lakonan Fikry tambahan pulak pengarah dia daripada Rosyam Nor ,lagi suka drama terbitan syarikat Rosyam Nor ni. hihihi. 

Sebelum drama ini akan bersiaran di kaca TV korang apa kata kita baca dulu novel drama ni di bawah ni, tengok iklan dekat tv nampak macam best drama ni hahaha...


Dibawah ini Cik Ash serta Sinopsis Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek , Jom baca sinopisi dekat bawah ni.

Sinopsis Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan
Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.
What?
Kahwin??

Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)

What the hell?
Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!

Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.
Zaza?
Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.

Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”

Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.

1 komentar:

avatar
zarul farhana delete October 21, 2018 at 7:20 AM

Mcm menarik ni.. . Mmg kena tgk online ja la. . Astro ria xda plak kt rumah

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post