Monday, September 24, 2018

author photo
Resepi Ayam Goreng Berempah | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ,Cik Ash harap semuanya sihat la ya. Sekarang dekat kedah musim hujan internet  pun jadi siput sedut la hahaha aduhhh..

Ayam Goreng Berempah



Siapa kat sini suka makan ayam goreng berempah, selalu Cik Ash nampak goreng berempah dekat kedai restoran, tempat kenduri jumpa sebab ayam goreng berempah yang sedap ni penuh dengan serdak-serdak tu. Dekat bawah ni Cik Ash sharing resepi yang di kongsikan oleh rakan facebook Cik Ash iaitu Tengku RosElyza. Memang tengok dia punya gambar dah menyelerakan kalau makan memang sedap sangat. Jom usha resepi dekat bawah ni.

Resepi Ayam Goreng Berempah
Oleh : FB Roselyza

Bahan-bahan
1/2 - 1 ekor ayam potong (12-14)
 7-10 batang serai ( potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sudu besar Chili flake
2 sudu besar jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sudu besar jintan putih (sangai dan kisar  kasar)
1 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar)
1-2 sudu besar tepung beras @ tepung jagung (mana2 sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kuib Pati ayam @ garam
Serbuk kunyit

Cara Membuatnya :-
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
2. Satukan semua bahan di atas dan gaulkan bersama ayam.
3. Selepas itu perapkan ayam itu dalam 1/2 jam. ( kalau nak cepat tak payah perap pun tak pe) .
4. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh.
5. Minit last perlahankan api.
6. Apabila warna ayam dah menarik boleh la diangkat.

Terima kasih kepada Cik Puan resepi bagi Cik Ash kongsikan dalam blog ni boleh jadi rujukan Cik Ash dan semua nanti. Kalau korang nak tengok resepi Cik Ash yang lain boleh terjah dekat resepi #dapurcikash dan koleksi FB Roselyza. Ok la korang semua selamat memcuba resepi yang Cik Ash kongsi ni. Jumpa lagi nanti.

This post have 14 komentar

avatar
PeRdU cINta delete September 24, 2018 at 8:13 AM

Aromanya yang kuat membuka selera sungguh...itulah ayam goreng berempah..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete September 24, 2018 at 8:47 AM

Lama dah tak makan ayam goreng berempah

Reply
avatar
Husniey Husain delete September 24, 2018 at 6:37 PM

Nampak sedapp, boleh buka kedai dah ni kak ikin

Reply
avatar
tim87 delete September 24, 2018 at 10:37 PM

sedap nye nih!! selalu beli je, tak pernah buat. hihi

Reply
avatar
Cik Ash delete September 25, 2018 at 8:55 AM

memang aroma dia kuat makan nasi berselera hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete September 25, 2018 at 3:22 PM

tengok gambar pun dah sedap... buatnya belum lagi hahahha ni pun resepi daripada kawan fb cik ash

Reply
avatar
Cik Ash delete September 25, 2018 at 3:34 PM

memey sedap nak buat tu tak kerajinan lagi cik nor hahahha tu share resepi kat blog ni

Reply
avatar
Cik Ash delete September 25, 2018 at 3:36 PM

tuan punya resepi tu la kalau buka memang terbaik ni

Reply
avatar
Cik Ash delete September 25, 2018 at 3:37 PM

sama makan kat kedai sokmo nak buat tak pernah hahaha

Reply
avatar
sis gee delete September 26, 2018 at 10:56 AM

pos sini seketul cik ash!!!hehe

Reply
avatar
Wani Sukarno delete September 27, 2018 at 11:23 AM

rajinnyo ekin, sini malas sikit nok goreng berempoh geram tengok ke minyakkk.. haaa lekat kerok2

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post